`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, May 2, 2023

Hooray!! Hooray!! Dasar Ekonomi Bunuh Diri Lagi. Why Not Naikkan Sumbangan EPF Jadi 50%? Jangan Kedekut Dengan 20% Sahaja. Naikkan Gaji Minima RM5000 Lah. Apa Kedekut Dengan RM1,500 Sahaja? Buatlah 32 Hour Working Week, Biar Jumaat, Sabtu, Ahad Cuti. Buatlah Cuti Maternity SIX months, Cuti Paternity THREE Months? Lagi Cepat Bunuh Ekonomi. Lagi Ramai Anak Kita Tak Ada Kerja. Hooray!

 


Have you asked the bumiputra IKS employers (Industri Kecil dan Sederhana)? Can the bumiputera IKS businesses  afford to pay the higher 20% EPF? Err . . .can they even afford to pay the present 13% EPF now? 


OSTB : Boleh lah negara kita jadi negara 'isle' yang contoh bagi seluruh alam semesta, galaksi dan cakerawala. Kita bakal menjadi negara yang terkaya di alam semesta (universe). Gaji lebih, EPF lebih, kerja sikit, cuti lebih (termasuk cuti am terkejut tergempar). We will become the most successful economy in the universe.

Yang berikut ini ada berita bodoh lagi. 

Calls for employers to contribute 20% to EPF will be discussed
We have received such a request 

OSTB : Have you asked the employers? Have you asked the MEF (M'sian Employers Federation)? 

Have you asked the foreign investors (the FDI investors)?  Or will the FDI investors get fed up and move their factories to Indonesia, Thailand and Vietnam?

Err... by the way where are the billions of Ringgit FDI investments from Saudi Arabia? Habuk kering tahi unta pun tak nampak. What about the RM80 billion investment from Turkiye? What about that RM170 Billion MOUs signed in China? Satu sen pun tak nampak? What is going on?

Have you asked the bumiputra IKS employers (Industri Kecil dan Sederhana)? Can the bumiputera IKS businesses  afford to pay the higher 20% EPF? Err . . .can they even afford to pay the present 13% EPF now? 

will be brought to Cabinet for discussions

OSTB : What does the Menteri Ekonomi say? Last time the Menteri Ekonomi screwed up his economics theory about price elasticity of eggs and chicken which are both price controlled items. Now people say he sudah 'merajuk' and does not speak with his boss. Pula? He has also stopped making his weekly and monthly statements to the Media.  

15 million employees are facing myriad of challenges that need to be addressed
to be able to hold talks among themselves in an amicable manner
did not want to see tension arising with regards to welfare of employees

OSTB : 

Hidup rakyat marhaen makin susah. Terutama sekali cari hidup bagi orang Melayu. Bangun pagi saja rakyat negara ditipu dan dicekik darah mereka dengan bayaran tol yang tidak habis-habis, bayaran harga kereta yang tinggi dalam dunia, bayaran mahal untuk beras dan daging yang dikawal syarikat kroni monopoli dan kartel.

Yang terkini adalah kenaikan bayaran tarif letrik bagi pengguna MV dan HV termasuk shopping complex, kilang dan supermarket yang semuanya mengalami kenaikan kos bayar bil letrik. 

On December 16, 2022, the government announced that MV and HV users among industry participants including multinational corporations would face a surcharge at the rate of 20 sen/kilowatt-hour (kWh) for the period of January 1 to June 30, 2023.

Kenaikan tarif sebanyak 54% !! Oleh itu mereka tidak mempunyai pilihan melainkan menaikkan harga barang jualan mereka. Contohnya persatuan penjual kereta mengumumkan bahawa harga jualan kereta naik 10% lagi, sejak bulan Januari 2023, antara sebab utamanya adalah tarif letrik sudah naik.

Jadi hidup rakyat marhaen jadi lagi susah. Harga barang naik lagi mahal.

MISTERI KENAIKAN TARIF LETRIK SEBANYAK 54%.

APAKAH MISTERI KENAIKAN TARIF LETRIK SEBANYAK 54% ITU? SEHAINGGA HARI INI UMAT MANUSIA DAN UMAT HAIWAN TIDAK TAHU SIAPAKAH YANG MINTA TARIF LETRIK DINAIKKAN? SEBAB SYARIKAT LETRIK TIDAK MINTA TARIF LETRIK DINAIKKAN. SEBAB SYARIKAT LETRIK BUAT UNTUNG BERBILLION RINGGIT PADA SETIAP TAHUN. MEREKA SUDAH KAYA RAYA. JADI THE MYSTERY REMAINS - SIAPAKAH YANG MINTA TARIF LETRIK DINAIKKAN SEBANYAK 54% ITU? 

Begitulah tempoh konsesi monopoli syarikat koporat jalanraya tol dilanjutkan. Bebankan rakyatt.

Begitulah tempoh konsesi monopoli syarikat koporat farmasi  dilanjutkan. Bebankan rakyat. 

Begitulah tempoh konsesi monopoli syarikat koporat impot beras dilanjutkan. Bebankan rakyat. 

Begitulah koporat kartel daging masih wujud. Lesen monopoli baru impot telur ayam pun depa bagi.

Akhir sekali rakyat dibebankan dengan bayar harga monopoli dan harga oligopoli kepada koporat gergasi yang pegang monopoli, AP dan pelbagai lesen dan konsesi. Mereka yang letak harga. Mereka yang jadi kaya dulu. Tuan-tuan yang haprak bayar saja. Bayar lah sampai tuan-tuan akan mampos.

Dan sekarang cadangan mereka untuk kononnya 'membantu' kaum pekerja adalah untuk naikkan Gaji Minima dan naikkan sumbangan EPF naik jadi 20%. 

Kenaikkan Gaji Minima dan sumbangan EPF oleh majikan akan membebankan pihak majikan dan menyebabkan lagi banyak perniagaan, kilang, hotel dan shopping complex tutup.  Maksudnya unemployment atau kadar pengangguran akan menjadi lagi rumit. Lebih ramai lagi anak muda akan hilang peluang kerja.

Pelabur FDI akan membawa keluar modal pelaburan mereka ke negara lain yang lebih murah kos seperti Vietnam, Indonesia, Thailand dan Filipina. 

Duit FDI dari Arab Saudi pula tak ada. Yilek. 

Duit pelaburan FDI dari Turki pun tak ada. Yilek. 

MOUs RM170 billion dengan China itu mainan silap mata David Copperfield. Kita tunggu sajalah sampai dia 'menjelma'.  

Untuk kurangkan kos sara hidup rakyat marhaen kita mesti:

1. Hapuskan segala bentuk monopoli, oligopoli, AP, lesen dan konsesi yang diberi oleh kerajaan kepada kumpulan elit koporat-koporat gergasi.

Ahli politik sedia 'membantu' puak-puak koporat sebab mereka mengharapkan duit dan dana 'political contributions' daripada puak-puak koporat.

Aku tolong kau, kau tolong aku. I help you, you help me.

Yang terkorban adalah hak berpuluh juta rakyat marhaen, berpuluh juta pembeli dan pengguna. Hidup kita yang menjadi bertambah susah sebab kita yang terpaksa bayar harga yang tinggi gila kepada kumpulan-kumpulan elit koporat yang pegang monopoli ini. Sebab itu hidup kita jadi susah.

Kereta EV (electric vehicle) baru yang bertaraf antarabangsa dijual dengan harga RM48,000 di China, Eropah dan Amerika. Di negara kita pula kereta EV yang serupa atau lagi kecil dijual dengan harga RM70,000. Lebih 45% lagi mahal daripada harga jualan di pasaran dunia. Kenapa rakyat negara kita diperbodohkan sebegini teruk?

Lepas itu mereka menggaru kepala 'looking for amicable solutions to negotiate employers higher EPF contributions' pula.

How stupid can you get?

Tuan-Tuan, tongsampahkan mereka saja. Tukar saja. Macam kain lampin baby yang sudah kotor. Bila sudah kotor, dah tak guna dah. Tak boleh dipakai lagi. Buang saja. Dan ganti dengan yang baru.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.