`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 17, 2023

Baraj ‘terbuka’: Selepas dibidas Kon Yeow, Sanusi ‘tuding jari’ pada Putrajaya

 

Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor mendakwa kakitangan Pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM) gagal mengambil tindakan sewajarnya sehingga menyebabkan penurunan mendadak paras Sungai Muda. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Selepas Pulau Pinang didakwa menjadi penyebab penyusutan mendadak paras air Sungai Muda akibat pintu baraj “terbuka” baru-baru ini, Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor kini menjadikan Putrajaya sebagai “sasaran”.

Sambil menegaskan Kedah tidak wajar dipersalah, kecuaian patut ditujukan kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kerana mendakwa Pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM) gagal mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, PLSM yang berada bawah tanggungjawab kementerian itu perlu bertanggungjawab kerana mendakwa kakitangan PLSM “cuai” ketika bertugas pada hari kejadian.

Ads by Kiosked

“PLSM bukan agensi kerajaan negeri tetapi yang sering disalah faham dan dibina naratif adalah kegagalan kita kawal selia baraj itu sedangkan ianya 100% di bawah PLSM. Bukan di bawah Lembaga Sumber Air Kedah (LSAK); Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) mahupun Pejabat Menteri Besar Kedah.

“Tapi oleh kerana dia berada di negeri kita, jadi kita terima keadaan itu sebagai kecuaian di pihak PLSM. Saya telah hadir mesyuarat lembaga pengarah LSAK dan di atas kecuaian itu, PLSM khususnya NRECC patut ambil tindakan kepada pihak yang bertugas pada waktu itu kerana cuai,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow kesal dengan sikap Sanusi yang membuat kenyataan mengelirukan tanpa fakta apabila meletakkan kesalahan kepada negeri itu berhubung masalah sistem baraj di Sungai Muda.

Chow berkata, pada 14 Mei, PLSM menghantar surat kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) memaklumkan pintu baraj terbuka sendiri, mengakibatkan pengaliran air ke laut tanpa sekatan.

Keadaan itu menyebabkan paras Sungai Muda susut mendadak daripada 1.85m kepada 0.67m.

“Pihak kerajaan negeri sekali lagi ingin menyatakan surat itu dihantar kepada LSANK dan bukan kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) atau mana-mana pihak di Pulau Pinang,” katanya menurut Berita Harian.

Ads by Kiosked

Pada Isnin, Sanusi menggesa kerajaan Pulau Pinang segera menangani apa yang beliau gambarkan sebagai masalah pintu baraj di Sungai Muda yang rendah, usang dan tidak diselenggara.

Beliau berkata, ketinggian pintu baraj yang rendah menyebabkan pembaziran air mentah.

Penurunan mendadak paras Sungai Muda pada Sabtu mengganggu operasi loji rawatan air, menyebabkan kekurangan bekalan air yang menjejaskan lebih 400,000 pengguna di Pulau Pinang dan lebih 200,000 di Kedah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.