`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, May 3, 2023

Biso bonar

 

Tajuk artikel ini saya pinjam daripada lagu nyanyian Hattan. Umum tahu baru-baru ini penyanyi itu dikritik khususnya menerusi media sosial kerana ‘menyekolahkan’ seorang pembaca berita ketika ditemuramah secara “live” di televisyen. Temurahamah itu berikutan pulangya ke rahmatullah Mael penyanyi kumpulan XPDC baru-baru ini.

‘Berbiso’ jugak kecaman terhadap Hattan. Saya tidak menonton temuramah berkenaan. Ertinya saya tidak tahu apa sebenarnya terjadi kecuali apa yang saya tengok pada video pendek yang seorang kawan hantar kepada saya menerusi WhatsApp.

Daripada apa yang saya lihat tingkah laku Hattan tak lah ‘biso bonar’ seperti yang diheboh dan dhebahkan. Ini pandangan peribadi saya berdasarkan video pendek yang saya tengok.

Apa pun antara yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap Hattan sekali gus mempertahankan si pembaca berita ialah beberapa pekerja media dan kumpulan mewakili wartawan. Saya faham ini dilakukan atas nama solidariti sesama wartawan. Cuma ingin ditegaskan perlu juga diteliti mengapa terjadi apa yang telah terjadi.

Adakah Hattan berhak dan sengaja buat hal atau si pembaca berita tidak tahu isu yang dibawanya, kerana seperti yang didakwa tidak buat “homework”? Atau kedua duanya “sengaja cari pasal “?

Beberapa minggu sebelum tercetus kontroversi Hattan-pembaca berita TV, timbul juga rungututan media terhadap ketua jurulatih bola sepak Perak, Lim Teong Kim. Lim dikatakan tidak mesra dan menjawab soalan yang diaju seorang wartawan sukan dengan “kasar”. Ini dikatakan terjadi selepas pasukan yang dbimbing Lim tewas 5-0 di tangan JDT dalam satu perlawanan Liga Super.

Persatuan penulis sukan antara yang membantah. Jelas atas nama setiakawan dan solidariti sesama wartawan. Lim kemudian memohon maaf. Pun begitu bagi saya perlu diteliti juga (seperti isu Hattan tadi) mengapa terjadinya apa yang terjadi. Adakah Lim angkuh dan suka buat hal? Atau si wartawan sukan tidak tahu apa yang ditanya?

Saya ingin mengajak anda mengimbau zaman lalu.

Allahyarham Subohi Yatim, pengurus berita pada awal penubuhan TV3, pernah menceritakan kepada saya pengalamannya bertugas untuk Singapore Broadcasting Corporation (nama asal MediaCorp) membuat liputan sidang akhbar Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Menurut Subohi, pada satu sidang akhbar seorang wartwan bertanya soalan yang mendiang Lee sifatkan sebagai “soalan tidak cerdik yang tidak sepatutnya” ditanya.

Mendiang Lee yang terkenal sebagai sebagai pemimpin yang amat bijak dan bersikap “no nonsense” terus dengan nada serius bertanya mengenai latar belakang pendidikan si wartawan tadi. Pendekkan cerita. Lee seolah mempertikai secara terbuka tahap “intelligent”wartawan berkenaan.

Kata seorang wartawan Singapura yang sudah bersara, sememangnya wartawan yang menghadiri sidang akhbar Lee merasa “gelisah” dan “seram”. Semua mesti tanya soalan yang “intelligent” secara terus dan telus”. Jangan berputar-putar berlagak pandai tapi pada masa sama jangan buat mendiang anggap kamu tidak cerdik. Lantas wartawan wajib buat homework sebelum datang, kata beliau.

Sememangnya “homework” penting bukan sahaja untuk wartawan tahu mengenai isu dan pekembangan semasa tetapi juga memastikan soalan yang sudah dijawab tidak ditanya sekali lagi.

Namun kata wartawan bersara itu, mendiang Lee bukan seperti Donald Trump, bekas president AS yang “kerap menghina dan mengaibkan wartawan”.

Di Malaysia mendiang Lim Keng Yaik , presiden Gerakan yang menjadi menteri untuk tempoh yang lama dalam Kabinet kerajaan BN pimpinan Mahathir Mohamad kerap ‘menjerkah’ wartawan walaupun mendiang gemar melawak .

Ads by Kiosked

Seorang wartawan berbangsa Cina yang saya kenali , pernah bertanya mendiang Lim mengenai harga komodi yang bukan di bawah pengawasan kementeriannya.

Bukan sahaja Lim memberitahu kawan saya telah membuat silap mendiang terus bertanya “kamu Cina Hong Kong kah? Ertinya jika kawan saya itu benar rakyat Malaysia, kawan saya itu tidak sepatutnya kemukakan soalan yang ditanya . Mengapa? Kerana sebagai warga negara ini kawan saya menurut Lim wajib tahu kepada siapa pertanyaannya perlu diajukan.

Tengku Razeligh Hamzah ,pemimpin Umno yang diakui ramai amat bijak dan sangat dihormati ketika memegang jawatan menteri kewangan dulu, sering memberitahu wartawan you ask stupid question you get stupid answer”.Tanya soalan bodoh awak dapat jawapan bodoh.

Tidak ada protes dan bantahan daripada pengarang berita waktu itu, malah mereka ketawa diiringi kata-kata padan muka kepada kakitangan mereka yang dipersenda. Adakah kerana mereka tidak ambil peduli anak buah mereka “dihina dan dibuli”? Tidak. Adakah mereka takut akan pemerintah. Tidak juga. Not in these instances. Apa tah lagi mereka kerap dipanggil atas sebab ‘menyinggung’ pemerintah. Ada juga yang pernah ditahan pihak berkuasa. Jadi soal mereka takut tidak timbul.

Mereka tidak bantah apabila wartawan mereka disergah ialah kerana mahu anak buah masing masing melengkap dan menyediakan diri sebelum membuat liputan .

Saay rasa kesimpulan baik dibuat pengarang BTS Media, Aziz Sharif menerusi hantaran Facebooknya tempoh hari: “Bagi aku la, orang media tak perlu la jsensitive sangat. Hakikatnya seorang pemberita atau wartawan perlu mempunyai hati yang kental dan ketahanan demi untuk mendapatkan berita”. Saya setuju.

Ads by Kiosked

Kesimpulan saya pula ialah ada perkara dan waktu untuk membantah keras dan protes. Ada perkara dan waktu untuk muhasabah diri. Waullahualam. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.