`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 4, 2023

Dasar Ekonomi Bunuh Diri - Gaji Minima Yang Tinggi Akibatkan Pengangguran Di Pulau Batam

Berita berikut bertarikh 2017 tetapi masih relevan bagi sesiapa pun.




https://www.thejakartapost.com/news/2017/12/12/batam-industry-turns-to-robots-as-minimum-wage-skyrockets.html

  • Tue, December 12, 2017 
  • Industries in Batam use robots to increase cost efficiency 
  • minimum wage [in Batam] too high
  • monthly minimum wage (UMK) continued to increase
  • 2018 Batam's minimum wage higher than Johor Baru
  • Riau governor decided UMK 2018 would be RM1,100, 8.7% higher
  • minimum wage increase every year, but no increase in productivity 
  • unfortunately lead to massive layoffs
  • skyrocketing minimum wage forced use of robots to cut costs
  • increase cost efficiency, robots cut production costs
  • One robot can replace seven to 10 workers
  • Honfoong Plastic now has 450 workers,  2001 it had 3,400 employees


My Comments : Saya telah menerima berita ini daripada sahabat saya Norman Fernandez di Johor Bharu. 

Sdra Norman juga memberitahu bahawa bagi tahun 2022 Gaji Minima di Batam sudah hampiri RM1,400 sebulan. 

Ikut berita ini keputusan untuk naikkan Gaji Minima di Pulau Batam dibuat oleh gabenor kepulauan Riau, seorang ahli politik yang perlu menjaga popularitinya dengan pengundi di Riau.

Maka setiap tahun Gaji Minima di Batam dinaikkan dan sekarang sudah mencecah RM1,400 sebulan. Gaji ini melebihi Gaji Minima RM1,100 di Malaysia (yang sekarang dicadangkan dinaikkan menjadi RM1,500 di semua negeri).

Akibatnya industri di Batam terpaksa guna robot dalam kilang mereka untuk jimatkan kos dan meningkatkan pengeluaran atau produktiviti. Maka peluang pekerjaan terjejas sebab robot yang lebih produktif boleh mengganti pekerja Gaji Minima yang tinggi. 

Sebuah kilang yang pernah mempunyai 3,400 pekerja sekarang mempunyai hanya 450 pekerja sahaja sebab kilang itu menggunakan robot yang lebih murah untuk mengganti pekerja bergaji minima yang sangat tinggi.

Tuan-Tuan please dengar baik-baik dan sila faham realiti keadaan dalam negara kita dan juga keadaan dalam ekonomi negara (market conditions).

Ahli politik, gabenor, menteri, ahli Parlimen dsbnya hanya mahu jaga populariti mereka. Dan cara yang paling mudah untuk menjaga populariti adalah untuk 'menghadiahkan' duit dan harta yang BUKAN kepunyaan mereka kepada pengundi.

Contohnya dalam negara kita pemimpin dan ahli politik suka sangat mengumumkan cuti am atau public holiday diluar jadual. Menteri tiba-tiba boleh declare public holiday bagi sekolah.  Atau cuti am bagi seluruh negara sebab anak bulan Syawal main aci-nyorok pula. 

Ahli politik mencari populariti. Mereka mempunyai kuasa maka kuasa itu dibazirkan dengan declare public holiday. Atau dia umumkan bagi duit raya kepada orang dengan mengguna duit rakyat juga. Atau dia buat rumah terbuka di merata tempat, semuanya dengan mengguna duit rakyat.

Semuanya untuk mencari populariti. 

Tetapi mesti ada orang lain yang tanggung rugi. Majikan di tempat kerja, kilang, gedung, perniagaan, sewa lori, booking bilik hotel terpaksa tanggung rugi apabila gomen tiba-tiba declare cuti am.  

Ahli politik pula tak rugi duit dia sendiri. Mereka happy-happy sahaja. Orang lain yang terpaksa tanggung rugi. 

Tetapi bahaya besarnya ialah apabila majikan terpaksa tanggung rugi maka bila datang hujung tahun kenaikan gaji bagi pekerja akan kurang, bayaran bonus akan kurang, peluang pekerjaan baru semuanya akan kurang. 

Begitu juga dengan Gaji Minima. Kilang di Pulau Batam itu terpaksa mengguna robot untuk mengganti pekerja yang bergaji minima RM1,400 sebulan. Jadi kilang plastic itu terpaksa kurangkan bilangan pekerja daripada 3,400 orang menurun menjadi 450 orang pekerja sahaja. 2,950 pekerja di Batam hilang peluang pekerjaan disebabkan Gaji Minima adalah terlalu tinggi.

Gaji Minima yang diputuskan oleh gabenor Riau, seorang pelakon politik yang mencari populariti di kalangan pengundi tanpa memikirkan kesan buruk daripada Gaji Minima yang tinggi. Bukan dia yang bayar Gaji Minima dengan guna duit dia sendiri. Majikan dan kilang-kilang yang terpaksa bayar duit lebih. Biar orang lain tanggung rugi. Ahli politik cari populariti saja. 

Jadi di Batam itu, 450 pekerja masih rasa happy-happy dapat Gaji Minima RM1,400 sebulan tetapi 2,950 orang sahabat mereka pula terpaksa dibuang kerja. 2,950 sahabat mereka sudah tidak boleh happy-happy lagi.

Soalan Cepu Mas : Do you think gabenor Riau yang putuskan kenaikan Gaji Minima itu boleh membantu 2,950 pekerja yang dibuang itu mencari peluang kerja yang baru? I dont think so.

Wa akhirul kalam, ahli politik cuma buat gimik politik (political gimmicks) untuk memancing undi. Mereka hanya memikirkan kiraan undi pada pilihanraya yang akan datang.  Wawasan mereka hanyalah sehingga pilihanraya yang bakal tiba, paling lewat pun sekali setiap empat atau lima tahun. Itulah time frame mereka.

Mereka tidak peduli apa yang akan berlaku kepada masa depan rakyat marhaen ataupun kepada masa depan ekonomi negara. Those issues adalah serupa persoalan falsafah hidup yang terlalu jauh bagi mereka melihatnya.  Mereka tidak perlu fikir jangka panjang. Mereka hanya risau keputusan undi yang sudah makin dekat.

Duit percuma, cuti am percuma, gaji tinggi, EPF tinggi, makanan percuma semua dijadikan gimik dan umpan untuk pancing undi. Lagipun bukan duit dia yang terlibat. Duit orang lain. Duit rakyat marhaen. Masa depan rakyat marhaen. Bukan masa depan dia. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.