PETALING JAYA: Seorang wanita yang disyaki mendera anak kandungnya berusia empat tahun sehingga maut bersama suaminya dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
Ketua Polis Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin berkata, walaupun wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis, siasatan masih diteruskan dan suaminya direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.
“Suami wanita itu yang juga bapa tiri mangsa yang direman sejak Jumaat lalu, akan terus direman bagi membantu siasatan.
“Bagaimanapun, setakat ini polis belum ada apa-apa penemuan baharu dan siasatan dijalankan secara menyeluruh,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Kelmarin, polis menahan pasangan suami isteri yang disyaki mendera anak lelaki sehingga cedera di kepala, telinga, perut dan kaki di rumah mereka di Jalan Aman, Skudai, Johor.
Mangsa berusia empat tahun itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah bagi mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada 8.20 pagi ketika tiba di wad kecemasan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Penganiayaan, Pengabaian, Pembuangan atau Pendedahan Kanak-kanak).
Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki memiliki satu rekod jenayah lampau. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.