`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 2, 2023

Guru besar ditahan minta rasuah dari pengusaha kantin

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata, guru besar itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan di pejabat SPRM Kluang, Johor.

PETALING JAYA: Seorang guru besar di sebuah sekolah di Kluang, Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM10,000 daripada pengusaha kantin pada tahun lalu.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, guru besar berusia 56 tahun ditahan selepas hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan di pejabat SPRM Kluang pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Katanya, guru besar itu disiasat kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengusaha kantin dari sekolah yang sama.

Ads by Kiosked

“Rasuah itu sebagai dorongan untuk memudahkan urusan tuntutan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Azmi Alias mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.