PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi mendakwa Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin tidak pernah “bermimpi” untuk membentuk kerajaan baharu sebaliknya mendoakan ia menjadi kenyataan.
Puad berkata, Hamzah yang dikenalinya sanggup melakukan apa sahaja, dengan merujuk tindakannya meninggalkan Umno sebelum ini.
“Cuma kali ini dia disusahkan oleh ‘akta anti lompat parti’.
“Tetapi Hamzah pakar tebuk atap, dia akan tebuk individu-individu yang masih ada di sana dan di situ,” dakwanya di Facebook.
Puad turut mendakwa, Hamzah sememangnya “bijaksana” berkaitan perkara itu.
Sebelum ini timbul dakwaan PN memiliki akuan bersumpah (SD) yang memberi sokongan majoriti kepada Hamzah untuk menjadi perdana menteri baharu.
Bagaimanapun semalam, Timbalan Pengerusi Bersatu Ahmad Faizal Azumu menafikan perkara itu sambil menggesa semua pihak terus fokus berkhidmat kepada rakyat.
Faizal turut menafikan spekulasi terdapat SD 126 Ahli Parlimen menyokong pembangkang sebagai usaha menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, PN tidak membuat sebarang SD sebaliknya terus istiqamah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pembangkang berwibawa.
Terdahulu, Anwar mengakui wujud komplot untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan diterajuinya, tetapi komplot itu tiada asas kukuh. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.