PETALING JAYA: Seorang imam meninggal dunia selepas rebah ketika bermain badminton di Dewan Li Chi Kampung Abdullah, Segamat, malam tadi.
Nur Nikman Yusof merupakan imam Masjid Jamek Pasir Pelangi di Johor Bahru, rebah secara tiba-tiba namun gagal diselamatkan.
Ketua Polis Segamat, Ahmad Zamry Marinsah, berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11.15 malam dan sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati mangsa yang lengkap berpakaian sukan itu terbaring di lantai.
“Seorang pemain yang berada di lokasi kemudiannya menghubungi paramedik Hospital Daerah Segamat (HDS).
“Pemeriksaan petugas ambulans yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya menurut Harian Metro.
Jenazah dibawa pulang ke kampungnya di Pokok Sena, dari Masjid Bandar Labis di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.