`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 28, 2023

Media jangan caci, hina pembangkang, kata PM

 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan perasmian Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di Ipoh. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim mengingatkan pengamal media tidak mencaci dan menghina pembangkang atau pihak berbeza aliran dengan kerajaan.

Perdana menteri berkata, beliau tidak mahu melihat apa dialami parti pembangkang suatu ketika dulu berlanjutan dan mahu amalan sedemikian dihentikan.

“Yang tidak bersama kita (kerajaan), pembangkang akan dicaci dan dihina. Saya tidak mahu ini diteruskan. Kita harus berdiri tegak dalam merakam peristiwa, menilai, dan mempertahankan prinsip serta nilai akhlak itu.

Ads by Kiosked

“Rakan yang tidak bersama kita memilih untuk menentukan itu, maka mereka harus diberi hak bersuara tanpa harus dicela dan dihina seperti kami alami dahulu. Ini soal nilai,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di Ipoh.

Anwar berkata, pandangan disuarakannya diharap dibincangkan.

“Saya harap pandangan ini dapat saudara wacanakan dan bincang. Apa yang paling utama bagi saya adalah kesedaran. Kalau kita memupuk budaya baharu dalam dunia kewartawanan, saudara harus berasa bebas dan percayakan media,” katanya.

Katanya, timbul kebimbangan dalam sudut pelaporan cenderung mengganggu- gugat keselamatan negara.

“Gedung-gedung utama menguasai media harus diberi sedikit ruang di era baharu. Yang hanya kita gusarkan adalah kecenderungan untuk memporak-perandakan dari sudut keselamatan negara.

Ads by Kiosked

“Kita menghadapi suasana yang mana usaha memekarkan sikap dan meninggalkan fahaman dangkal kaum dengan percubaan memerangkap anak-anak muda dalam pemikiran terlalu jumud, buntu dengan permasalahan kaum yang cetek serta fahaman dangkal,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.