`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 4, 2023

Selesai dulu masalah air, bukan ‘lepas tangan’, Khalid ingatkan Idris

 

Khalid Samad menyifatkan kenyataan Idris Ahmad seperti mahu ‘lepas tangan’ sedangkan usaha menyelesaikan isu kemudahan asas menjadi tanggungjawab semua pemimpin politik.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Amanah membidas kenyataan Naib Presiden PAS Idris Ahmad mengenai isu air di negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) yang tidak wajar dipolitikkan.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, menyifatkan kenyataan itu seperti mahu “lepas tangan” sedangkan usaha menyelesaikan isu kemudahan asas menjadi tanggungjawab semua pemimpin politik.

“Itu macam nak lepas tangan. Bukan nak politikkan…bila tak selesaikan masalah air dan mempunyai sikap acuh tak acuh, ini memang mendukacitakan.

“Apa yang kita nampak khususnya di Kelantan, masalah air itu dianggap sebagai perkara biasa..(seperti) nak air ke Islam,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Idris yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai menegaskan isu air yang berlaku di negeri ditadbir PN tidak perlu dipolitikkan kerana ia adalah masalah sejagat.

Idris berkata, isu air di negeri pimpinan parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah lebih besar kerana melibatkan pencemaran.

Dalam pada itu, Khalid berkata, jika parti yang mentadbir kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan masalah air, lebih baik diberikan kepada parti lain yang lebih komited menangani masalah itu.

Beliau berkata, Kelantan juga sepatutnya tidak lagi menggunakan alasan masalah peruntukan kerana ia sudah disalurkan oleh kerajaan persekutuan.

“Jika (PAS) nak perintah Kelantan, kena ada usaha penyelesaian walaupun secara peringkat. Buatlah sesuatu jangan main lepas tangan. Kalau tak sanggup dan tak mampu, baik serah pada orang lain yang nak berusaha serta cari penyelesaian,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan ribuan penduduk di Kedah dan Kelantan terjejas akibat gangguan bekalan air terutama menjelang musim perayaan.

Isu itu kembali hangat selepas dibangkitkan beberapa pemimpin politik berhubung masalah terbabit yang dilihat semakin meruncing saban tahun. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.