`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, May 19, 2023

Suami isteri maut jatuh hotel di Genting Highlands

 

Polis berkata tiada sebarang unsur jenayah dalam kes membabitkan pasangan terbabit. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Suami isteri maut dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan hotel di Genting Highlands.

Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.46 malam Selasa lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-duanya yang berusia 37 tahun dari Taiping, Perak mendaftar masuk bilik di hotel terbabit selepas datang ke Genting Highlands pada 11 Mei lalu.

Ads by Kiosked

“Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hotel berkenaan mendapati bermula dari tarikh kedua-dua mangsa mendaftar sehingga tarikh kejadian, didapati tiada sesiapa melainkan mereka keluar masuk bilik terbabit.

“Pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes terbabit,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, punca kematian lelaki terbabit adalah disebabkan “massive hemothorex” manakala isterinya pula disebabkan kecederaan parah di kepala.

Zaiham turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Bentong di talian 09 2222222 untuk tindakan lanjut,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.