`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 24, 2023

Tuan-Tuan Sila Lihat Sendiri Beberuk 'Monyetkan' Parlimen

 


Sila klik link video tik tok berikut untuk melihat rakaman persidangan Parlimen terbaru.

https://vt.tiktok.com/ZSLR28jFt

Tuan-tuan saya nak tanya, macam mana negara dan masyarakat kita akan maju apabila wakil rakyat memekik-mekik dan menjerit-jerit macam monyet dalam Dewan Rakyat? 

Ikut YB Syed Sadik, inilah ahli-ahli Parlimen yang dibayar gaji berpuluh ribu Ringgit daripada duit kita bayar cukai, duit kita bayar tarif letrik yang sudah naik, bayar duit minyak yang tidak menurun "hari ini juga" dan bayar harga kereta antara yang tertinggi di dunia.

Kita dibebani dengan pelbagai kos sara hidup yang begitu tinggi, kemudian kita patuhi undang-undang negara dan tunaikan tanggungjawab kita untuk beratur secara aman dan tertib untuk membuang undi untuk melantik ahli Parlimen untuk menyuarakan hasrat kita dan membela hak rakyat negara ini dalam persidangan Parlimen.

Tetapi lihatlah sendiri apa yang mereka buat. Mereka melompat-lompat macam monyet, jerit-jerit macam ungka cari betina di hutan. 

Dengar baik-baik apa yang mereka memekik-mekik itu.  NOTHING OF SUBSTANCE. TIDAK ADA PERKARA YANG BERGUNA UNTUK KITA.

Kita selalu kesuntukan masa. Hari-hari kiamat pun makin dekat. Anak yang menganggur dan berhutang masih menganggur dan berhutang. Keadaan generasi muda belum lagi nampak 'turn-around' yang bagus.

Pergilah ke kampong-kampong dan kawasan luar bandar. Makin ramai anak-anak yang lepasan SPM sudah tidak ada peluang hidup yang cerah. Mereka duduk bersama keluarga dan makan duit ibubapa. 

Kalau ada kilang baru pun yang datang bekerja adalah Bangla, Myanmar dan Nepal. Kilang baru pun bukan di semua tempat. 

Peluang bekerja di kawasan bandar pun terhad. Ikut 'demography',  swasta atau bukan swasta. Banyak lagi perkara yang tidak betul dalam negara kita. We are really running short of time.

Tetapi lihatlah gelagat YB konon, memekik-mekik dalam Parlimen. Seolah Dewan Rakyat itu kandang untuk ungka "mengawan".

Tuan-Tuan pilihlah orang yang betul. Pilihlah wakil rakyat dan ahli Parlimen yang ada akal, yang tahu membawa masalah kita ke tengah. Bukan spesies makhluk yang jelas sekali hanya berlakon dan menjadi showman untuk mencari populariti.

Makan gaji, makan semua banyak kuat, tetapi apa pun tak ada buat.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.