`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 16, 2023

Tuaran kini zon merah Covid-19

 

Tuaran satu-satunya daerah mencatatkan kes paling banyak ketika ini, menyebabkannya ia kembali diklasifikasikan zon merah dengan jumlah kes positif melebihi 40.

PETALING JAYA: Daerah Tuaran di Sabah dikategorikan zon merah Covid-19 susulan peningkatan mendadak kes positif sepanjang minggu lalu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joachim Gunsalam berkata, 26 kes baharu dilaporkan sepanjang minggu lalu, berbanding 18 kes pada minggu sebelumnya.

Katanya, Tuaran satu-satunya daerah mencatatkan kes paling banyak ketika ini, menyebabkannya ia kembali diklasifikasikan zon merah dengan jumlah kes positif melebihi 40.

Ads by Kiosked

Beliau berkata, analisis kes Covid-19 bagi minggu lalu mendapati hanya tiga daerah mencatatkan penurunan kes mingguan, iaitu Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.

Menurutnya, 16 daerah lain tidak mencatatkan sebarang kes, iaitu Putatan, Ranau, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sipitang, Tambunan, Tenom, Nabawan, Tongod, Semporna, Kalabakan, Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.

“Daerah yang mencatatkan peningkatan jumlah kes minggu lalu berbanding minggu sebelumnya iaitu Tuaran, Sandakan, Kota Kinabalu, Kuala Penyu, Papar, Penampang, Beluran, Kota Belud, Beaufort, Keningau dan Kunak.

“Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negeri minggu lalu,” katanya menurut Harian Metro.

Secara keseluruhan, katanya, jumlah kes baharu di seluruh Sabah minggu lalu meningkat sebanyak 68% kepada 64 kes berbanding 38 kes pada minggu sebelumnya, dengan semuanya kes tempatan.

Beliau berkata, purata kes aktif setiap hari pada minggu lalu juga meningkat sebanyak 40% kepada tujuh kes berbanding lima kes pada minggu sebelumnya.

Menurutnya, jumlah pesakit Covid-19 dalam rawatan turut meningkat sebanyak 6% kepada 166 kes minggu lalu berbanding 156 kes pada minggu sebelumnya.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai terus mengamalkan langkah pencegahan, khasnya memakai pelitup muka di tempat orang ramai dan sesak susulan peningkatan kes Covid-19. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.