PETALING JAYA: Seorang warga emas ditemui lemas di hilir Sungai Tutoh, Baram selepas lima hari hilang dalam kejadian perahu karam Isnin lalu.
Mayat Jangin Luwau ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada 5.03 petang semalam pada jarak 8km ke hilir sungai dari lokasi terakhir perahu dinaikinya bersama lima rakan karam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan sempurna.
“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut Harian Metro.
Dalam kejadian 5.30 petang Isnin lalu, mangsa bersama lima rakannya dalam perjalanan pulang dari Long Bedian ke Kampung Ba Selulong, sebelum perahu mereka karam di tengah sungai akibat arus sangat deras.
Lima rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.