`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 22, 2023

Semua orang ada sejarah, PAS sedia terima Dr M selepas berubah

 

Dr Mahathir Mohamad membuat kemunculan sulung di pentas Perikatan Nasional malam tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: PAS sedia menerima bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sudah berubah dalam konteks perjuangannya, kata Naib Presidennya, Mohd Amar Nik Abdullah.

“Soal sejarah…semua orang ada sejarahnya. Kalau dalam sejarah Islam, semua orang yang masuk Islam sebelum itu mempunyai banyak masalah (dengan Islam) sebagai contoh lawan Nabi.

“Namun, selepas pembukaan Kota Makkah, Abu Sufian, Khalid Al-Walid dan Wahsyi telah masuk (memeluk) Islam. Kalau kita tengok, Wahsyi membunuh bapa saudara Nabi (Hamzah Abu Mutalib).

Ads by Kiosked

“Jadi bila dia (Mahathir) sudah berubah, kita terima. Sejarah tu nak buat macam mana?” katanya menurut Utusan Malaysia selepas program munajat pakat pertahan PAS Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Mahathir membuat kemunculan sulung di pentas Perikatan Nasional malam tadi dan ketika berucap, beliau berharap gabungan itu menyapu bersih semua enam negeri dalam PRN bulan depan, jika orang Melayu bersatu dan keluar mengundi PN.

Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berharap sokongan diberikan Mahathir kepada PN dapat membersihkan kesilapan pernah dilakukan negarawan itu.

Sebelum ini, Mahathir pernah mendakwa PAS parti kafir kerana bekerjasama dengan Umno dan parti bukan Islam demi mendapat kedudukan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.