`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 15, 2023

Anwar arah beli 40 peralatan internet Starlink untuk sekolah, universiti

 

Sistem Starlink merangkumi antena piring satelit kecil dan pelayan WiFi. Signal internet diterima daripada satelit di orbit bumi rendah.

PETALING JAYA: Kerajaan merancang perolehan 40 peranti satelit Starlink untuk kegunaan di universiti, kolej dan sekolah di seluruh negara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas perbincangan secara maya semalam dengan pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk.

Pertemuan maya itu turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz serta Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

“Jadi, selepas mesyuarat itu saya beritahu Fahmi untuk kita beli (peranti Starlink) dengan segera dan kita akan pasang di mana saja universiti yang perlu,” kata Anwar lapor Berita Harian.

Starlink adalah peralatan komunikasi satelit dari SpaceX yang menyediakan rangkaian internet menerusi beberapa satelit SpaceX di orbit bumi rendah.

Anwar berkata Starlink juga boleh digunakan untuk meningkatkan liputan internet di kawasan pendalaman.

Bagaimanapun, peralatan itu akan dipasang di institusi pendidikan terlebih dahulu sebelum diperkenalkan di lokasi lain.

“Peranti ini kecil tetapi ia boleh menukar sambungan internet yang perlahan kepada sambungan pantas dengan segera. Jika tiada internet di sini, ia akan menyediakan internet kerana ia dipautkan secara langsung kepada satelit,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.