`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 15, 2023

Sanusi ‘pelawak’ ramai pengikut, Kedah perlu pemimpin serius, kata Zahid

 

Presiden Umno Zahid Hamidi berkata Kedah perlukan kerajaan yang berwibawa.

PETALING JAYA: Presiden Umno Zahid Hamidi menyeru pengundi Kedah memanfaatkan undi mereka dengan memilih pemimpin yang serius untuk menjaga kepentingan rakyat.

Sambil menyifatkan menteri besar sedia ada, Sanusi Md Nor sebagai ‘pelawak’ yang mempunyai ramai pengikut, Zahid berkata Kedah perlukan kerajaan yang berwibawa.

“Yang kita cari ialah kerajaan yang mempunyai kredibiliti, yang berwibawa. Yang kita cari ialah pemimpin yang serius, yang menjaga soal kepentingan dan kemakmuran rakyat; bukan hanya menjadi pelawak politik,” katanya kepada pemberita, selepas bertemu jentera PRN Barisan Nasional di Merbok, Kedah.

Zahid berkata demikian selepas mengulas langkah Sanusi memohon ampun kepada Sultan Selangor, berhubung ucapan berkait pelantikan menteri besarnya.

Pemimpin PAS itu didakwa menghina Sultan Selangor ketika berceramah di Selayang, baru-baru ini. Dalam ucapan yang tular, Sanusi dipaparkan seolah-olah menyentuh tentang perkenan Sultan Selangor, berkait pelantikan “menteri besar cokia (tiada kualiti)”.

Sanusi mendakwa ucapannya telah diputar belit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.