`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, July 24, 2023

Budak 4 tahun maut dirempuh SUV

 

Lokasi kemalangan melibatkan seorang kanak-kanak empat tahun dirempuh sebuah SUV, semalam. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika melintas jalan di Sungai Way, semalam.

Ketua Polis Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata kejadian 5,30 petang itu dikatakan berlaku pemandu kereta itu tidak sempat membrek kenderaannya apabila mangsa secara tiba-tiba melintas jalan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, menurut Berita Harian.

Ads by Kiosked

Fakhrudin berkata, pemandu terbabit ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.