`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 24, 2023

2 wanita didakwa tipu pelaburan ujian Covid-19 lebih RM300,000

 

Tertuduh, Pang Mui Fong, dan Chua Fui Lee, didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban kerana memperdaya seorang lelaki menyertai pelaburan ujian Covid-19. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki untuk menyertai pelaburan hingga mangsa kerugian lebih RM300,000 dari Disember 2021 hingga April 2022.

Tertuduh, Pang Mui Fong, 49 dan Chua Fui Lee, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali, menurut Berita Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka secara bersama dengan curangnya menipu seorang lelaki berusia 50 tahun dengan memperdayakan mangsa untuk menyertai pelaburan ujian Covid-19.

Ads by Kiosked

Tertuduh mendorong mangsa membuat 17 transaksi pembayaran berjumlah RM337,000 bagi urusan itu yang mana lelaki itu tidak akan menyerahkan wang sekiranya tidak diperdayakan kedua-dua tertuduh.

Kesalahan dilakukan dari 17 Dis 2021 hingga 20 April 2022 di bandar Seremban.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan dengan sebat serta denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya M Pusspa yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan mahkamah menetapkan jaminan RM25,000 bagi setiap tertuduh.

Peguam Kevin Mahendran yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu jumlah itu dikurangkan kerana tertuduh pertama hanya bekerja sebagai kerani akaun dan sudah berdepan empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen dengan jaminan RM22,000.

“Tertuduh kedua adalah pesakit barah (kerongkong dan hidung) tahap empat yang kini masih menjalani rawatan,” katanya.

Ads by Kiosked

Mahkamah kemudian memutuskan wang jaminan RM6,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.