`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 24, 2023

Simpanan RM240,000 untuk ‘bersara dengan bermaruah’, kata Ahmad Maslan

 

Ahmad Maslan berkata simpanan asas RM240,000 cukup untuk menyara secara purata RM1,000 sebulan dan rakyat perlu memikir simpanan hari tua dengan kadar minimum itu.

PETALING JAYA: Ahmad Maslan berkata rakyat perlu memiliki simpanan asas RM240,000 untuk “bersara dengan bermaruah”.

Timbalan menteri kewangan berkata, jumlah itu adalah sebagai paras sasaran apabila mencapai usia bersara 55 tahun.

“Jumlah itu mewakili anggaran RM1,000 sebulan untuk tempoh 20 tahun selepas usia bersara yang dianggap mencukupi untuk rakyat negara ini bersara dengan bermaruah.

“Jangka hayat rakyat adalah sehingga 75 tahun dan mereka perlu ada dana persaraan mencukupi untuk bersara dengan bermaruah.

“Simpanan asas sebanyak RM240,000 cukup untuk menyara secara purata RM1,000 sebulan dan rakyat perlu memikir simpanan hari tua dengan kadar minimum itu,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kota Bharu, menurut Berita Harian.

Beliau berkata, antara kaedah boleh digunakan untuk mencapai sasaran itu adalah menyertai syarikat menawarkan gaji lebih tinggi, selain membuat caruman sukarela.

Ahmad menyarankan rakyat terutama bekerja dalam sektor tidak rasmi membuat caruman menerusi i-Saraan diperkenalkan KWSP.

Katanya, i-Saraan dibuka kepada semua yang bekerja tanpa majikan dan boleh mencarum secara sukarela dengan menerima insentif khas daripada kerajaan bagi tujuan persaraan.

“Setakat Jun, lebih 500,000 rakyat mendaftar caruman sukarela itu dan kita sarankan lebih ramai menyertainya kerana selain menerima insentif, pencarum juga mendapat dividen bergantung jumlah caruman,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.