`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, July 14, 2023

Dr M persoal prestasi Anwar, menteri ‘tak buat apa’

 

Dengan kemerosotan ringgit dan inflasi berterusan, Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan pencapaian Anwar Ibrahim sejak dilantik menjadi PM pada November tahun lepas.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan prestasi Anwar Ibrahim mentadbir negara selain mendakwa negara dilanda pelbagai isu semenjak perdana menteri itu mula menerajui kerajaan.

Mahathir berkata, kerajaan masih dibelenggu oleh keadaan politik yang “tidak tentu arah”, dan beliau memberikan amaran tentang kerosakan yang tidak dapat dipulihkan sekiranya keadaan ini berterusan.

“(Anwar) dapat enam bulan (pegang kuasa), apa dia buat?” soalnya dalam satu episod audio siar.

“Keadaan mata wang jatuh, inflasi masih berterusan, ekonomi tak dapat dipulihkan … apa kejayaan (Anwar)?”

Beliau juga mendakwa mendapat aduan daripada penjawat awam bahawa mereka “tiada kerja” kerana tidak mendapat sebarang arahan daripada menteri.

“Menteri tak bagi ‘directive’ apa pun, (kakitangan) makan angin, (itu) saya dengarlah,” katanya.

Awal hari ini, Anwar yang juga menteri kewangan berkata, pada separuh pertama tahun ini, negara mencatatkan pelaburan bernilai RM1.7 bilion.

Katanya lagi, pertumbuhan ekonomi negara mengatasi Singapura, China, dan Indonesia pada tahap 5.6%, manakala inflasi bulanan rendah pada 2.8%. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.