`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, July 14, 2023

Zuraida akui Anwar pemikir tajam, pentadbiran diketuai bukan ‘bayi’

 

Bekas menteri, Zuraida Kamaruddin menolak kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang merujuk kerajaan pimpinan presiden PKR itu ‘masih bayi’ dan menyaran rakyat bersabar.

PETALING JAYA: Bekas ketua Wanita PKR menolak tanggapan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim “masih bayi”, memandangkan perdana menteri sudah mempunyai pengalaman dalam pentadbiran negara sebelum ini.

Zuraida Kamaruddin berkata, Anwar pada era 80an disifatkannya seorang pemimpin yang “masih segar dan berfikiran tajam” ketika berada dalam Jemaah Menteri diterajui Dr Mahathir Mohamad.

“Namun, pada ketika ini, beliau mungkin sudah terlalu lelah akibat terlibat dengan drama politikal yang tidak berkesudahan, hingga menumpulkan pemikirannya,” katanya dalam kenyataan.

Ads by Kiosked

“Amatlah tidak wajar untuk kita gelarkan kerajaan ini sebagai kerajaan yang tiada pengalaman kerana ia dianggotai oleh para pemimpin yang pernah duduk di dalam Jemaah Menteri sebelum ini,” katanya merujuk Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang berpengalaman 14 tahun dalam kerajaan.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim meminta rakyat bersabar menunggu Anwar menyelesaikan satu persatu masalah diwarisi daripada pentadbiran dahulu.

Hassan turut mengibaratkan pentadbiran presiden PKR itu sebagai “bayi” berusia tujuh bulan yang belum pandai berlari.

Zuraida berkata, Anwar perlu melunaskan segala janji dibuat kerana rakyat akan menuntut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.