`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 13, 2023

Jaga mulut di pentas politik, mursyidul am PAS tegur Sanusi

 

Hashim Jasin mengakui Sanusi Md Nor pemimpin PAS ‘yang agak keras’. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menegur Sanusi Md Nor supaya menjaga percakapan di pentas politik untuk mengelakkan kontroversi yang menyentuh sensitiviti berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Hashim yang memberi teguran itu susulan kenyataan Sanusi yang didakwa seolah-olah memperlekehkan Sultan Selangor berkata, pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) perlu lebih bertenang dan berlapang dada.

“Sanusi ke…tak kiralah pemimpin mana pun perlu lebih bertenang,” katanya kepada FMT mengulas rakaman ceramah Sanusi seolah-olah menyentuh tentang perkenan Sultan Selangor, berkait pelantikan “menteri besar cokia (tiada kualiti)”.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan Sanusi disiasat bagi kesalahan berkait 3R.

Sebelum itu, Sanusi yang juga menteri besar Kedah turut mencetuskan kontroversi menerusi Podcast “Keluar Sekejap” disiarkan Isnin lalu dengan mendakwa orang bukan Islam paling ramai ditangkap atas kesalahan memberi dan menerima rasuah.

Mengakui Sanusi sebagai pemimpin PAS “yang agak keras”, Hashim berkata ucapan menyentuh sensitiviti seolah-olah sukar dielak ketika masing-masing berada dalam “mood” pilihan raya.

“Bila berada atas pentas (ceramah politik) kemungkinan itu ada (tidak boleh kawal percakapan) kerana kita dalam mood pilihan raya.

“Perkara itu boleh timbul,” katanya mengharapkan semua pihak boleh berlapang dada dan memaafkan sesama sendiri untuk mengelak pertikaian itu berlanjutan hingga ke mahkamah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.