`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, July 24, 2023

Kerajaan ‘main politik’ batal festival muzik, dakwa Syed Saddiq

 

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Pakatan Harapan memandang mudah sokongan asas pengundi mereka, termasuk cubaan menarik ke kanan (konservatif).

PETALING JAYA: Kerajaan perpaduan didakwa terlalu “bermain politik” selepas membatalkan serta merta seluruh penganjuran Good Vibes Festival susulan aksi biadab kumpulan dari United Kingdom The 1975.

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata demikian mengulas dakwaan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, dalam audio siar, Keluar Sekejap.

Syed Saddiq menggambarkan kerajaan diterajui Pakatan Harapan memandang ringan sokongan penyokong sendiri.

Ads by Kiosked

“Mereka kena selesaikan kerja. Kalau mereka terlalu main politik, dia (PH) ambil mudah sokongan asas.

“Tak la (pengundi mereka) akan sentiasa undi kita…tak kira cuba tarik ke kanan (konservatif), akhirnya hilang arah,” katanya.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengarahkan festival muzik itu dibatalkan berikutan insiden The 1975.

Pada hari pertama acara tiga hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu, penyanyi utama The 1975 Matty Healy mengkritik undang-undang berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) Malaysia sebelum melakukan aksi tidak senonoh dengan norma tempatan.

Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) berkata, kumpulan muzik itu telah disenarai hitam daripada membuat persembahan di negara ini.

Puspal juga berkata, ia telah memfailkan laporan polis terhadap kumpulan itu dan penganjur acara atas kecuaian dan kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.