`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 18, 2023

PRK Parlimen Kuala Terengganu 12 Ogos

 

PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak dengan PRN di enam negeri bulan depan.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos ini, serentak dengan PRN di enam negeri.

Penamaan calon pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

PRK Kuala Terengganu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lalu membatalkan kemenangan calon PAS, Ahmad Amzad Hashim di kerusi itu dalam PRU15 November lalu.

Hakim Mohd Firuz Jaffril dilaporkan berkata, pihak pempetisyen, iaitu calon Barisan Nasional Mohd Zubir Embong, berjaya membuktikan perbuatan rasuah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.

Walaupun pempetisyen tidak dikemukakan sebagai saksi, katanya, bukti lain mencukupi untuk mengisytiharkan pilihan raya di Kuala Terengganu terbatal dan tidak sah mengikut Seksyen 36 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ahmad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 40,907 undi selepas menewaskan tiga pencabar lain, termasuk Zubir.

PRN di Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan berlangsung 12 Ogos ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.