`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 18, 2023

Ibu bapa dakwa pelajar bebas hisap vape, guru tak mengajar

 

Seorang ibu mendakwa vape mudah dibeli di sekolah itu yang dijual oleh pelajar. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penggunaan dan penjualan vape secara berleluasa selain guru culas mengajar, antara pelbagai masalah didakwa ibu bapa berlaku di sebuah sekolah menengah di Kepong, Kuala Lumpur.

Mendedahkan perkara itu kepada FMT, mereka turut mendakwa gejala sosial di sekolah itu meruncing dengan pergaulan bebas pelajar lelaki dan perempuan selain penjualan makanan di perpustakaan yang sepatutnya menjadi tempat mengulang kaji secara senyap.

Seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Mary berkata, anaknya terjebak dalam penggunaan vape iaitu peranti menggantikan rokok yang didakwa dibeli daripada seorang pelajar.

“Gejala ‘vaping’ meluas di mana pelajar bawa vape seperti pen, guru disiplin juga tidak ambil peduli…saya terkejut bila tahu anak hisap vape,” katanya yang mengeluarkan anaknya daripada sesi persekolahan tahun lalu.

Wanita berusia lingkungan 50-an itu turut mendakwa pelajar lelaki dan perempuan bergaul secara bebas yang tidak dihentikan pentadbir sekolah.

“Paling mengecewakan, guru tidak mengajar pelajar di kelas belakang kerana beranggapan mereka tiada harapan untuk cemerlang.

“Majoritinya datang daripada keluarga B40, sepatutnya dibantu mereka dapat keputusan baik untuk bantu hidup keluarga pada masa depan,” katanya yang turut membangkitkan masalah guru menjual makanan di perpustakaan.

“Perpustakaan ibarat kantin, guru buka meja untuk pelajar beli makanan, boleh pula makan di sana…sedangkan ada orang lain cuba mengulang kaji pelajaran atau baca buku dalam suasana senyap.”

Mary mendakwa beliau telah melaporkan kes membabitkan anaknya kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, namun belum ada tindakan diambil.

Ads by Kiosked

Sementara itu, sorang lagi ibu yang enggan namanya didedahkan mendakwa anaknya dikenakan tindakan gantung sekolah tanpa mengikut prosedur, hanya kerana membeli minuman di luar sekolah selepas bersukan.

“Anak saya tiada masalah disiplin tetapi disebabkan kesalahan kecil itu terus digantung selepas dapat surat amaran pertama,” katanya yang memindahkan anaknya ke sekolah lain selepas rayuannya tidak diterima.

FMT telah menghubungi sekolah itu dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan maklum balas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.