`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 15, 2023

Usaha noktah kemiskinan meliputi semua kaum

 

(Gambar Bernama)

SUNGAI PETANI: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar seperti yang ditetapkan tahun ini sama sekali tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja, sebaliknya meliputi semua.

Anwar sedar ada pihak yang mendakwa beliau melindungi kepentingan satu kaum sahaja namun pendirian kerajaan perpaduan adalah memastikan semua mendapat hak masing-masing berpandukan perlembagaan.

“Jangan tanya saya berapa peruntukan untuk kaum Melayu, kaum India. Saya tidak peduli, ada sahaja jumlah, ada nama kita sahkan, kita tolong. Siapa yang miskin tegar, kita tolong. Kita tolong rakyat susah tak kira kaum,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat India Kedah malam tadi.

Anwar berkata beliau sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh masyarakat India selama ini dan meminta mereka memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan bagi memastikan pembangunan yang dirancang dapat direalisasi.

Katanya, beliau sendiri mahu melihat masyarakat India, khususnya yang tinggal di estet, keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Saya nak pesan kepada masyarakat India di Kedah, buat keputusan yang baik, biar ada hubungan baik antara negeri dan kerajaan persekutuan. Kita guna kuasa yang ada ini untuk bantu rakyat kita,” katanya.

Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia sekitar Sungai Petani dan menerima memorandum masyarakat India Kedah berhubung isu ekonomi, sosial, serta pendidikan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.