`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 14, 2023

Had beli beras tempatan untuk warga Malaysia, cadang exco Melaka

Peningkatan mendadak terhadap beras tempatan disebabkan pelarasan harga jualan beras putih import berkuat kuasa 1 Sept lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Melaka Dr Akmal Saleh meminta Putrajaya mengehadkan pembelian beras tempatan kepada warganegara Malaysia dalam berdepan krisis bekalan makanan ruji itu.

Akmal berkata beras tempatan disubsidi kerajaan itu yang bekalannya semakin berkurangan, selayaknya diberi keutamaan kepada warga tempatan berbanding orang asing.

“Jika kementerian (pertanian dan keterjaminan makanan) tidak boleh membenarkan untuk seluruh Malaysia, sekurangnya dibenarkan dalam Melaka sahaja,” katanya di Facebook.

Awal bulan ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata peningkatan mendadak terhadap beras tempatan kebelakangan ini menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan di beberapa lokasi tertentu.

Ia berpunca pelarasan harga jualan beras putih import berkuat kuasa 1 Sept lalu diumumkan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menyaksikan harganya meningkat di pasaran.

Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan meminta pengilang padi dan pemborong beras negara meningkatkan bekalan beras putih tempatan.

Kerajaan juga menetapkan setiap individu dan peniaga hanya dibenarkan membeli maksimum 100kg beras putih tempatan bagi mengatasi gangguan bekalan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.