`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, September 30, 2023

PRK Pelangai: PH usaha pujuk pengundi luar pulang

 

PH sedang cuba memujuk pengundi luar untuk memenangkan calon BN pada PRK Pelangai.

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) Pahang akan berusaha menarik pengundi luar untuk pulang mengundi pada PRK DUN Pelangai, 7 Okt ini.

Pengerusi PH Pahang Amirudin Shari berkata setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti lebih 2,000 pengundi berkenaan yang berada di Lembah Klang.

“Kita sedang cuba untuk pujuk dan beritahu keperluan untuk mereka turun mengundi. Ini antara usaha untuk memenangkan calon Barisan Nasional (BN).

“Ini bagi memastikan Pelangai mempunyai representasi yang baik, terutama untuk meneruskan kelangsungan pembangunan dan pembelaan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Hartanah Selangor 2023 anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina pada 17 Ogos.

Ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Amizar Abu Adam; calon Perikatan Nasional, Kasim Samat, dan calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasni.

Ditanya status terkini petisyen membatalkan keputusan di empat kerusi dimenangi PN pada PRN Selangor Ogos lalu, Amirudin berkata pihaknya sedang menunggu maklumat lanjut daripada peguam.

Sebelum ini, PH dan BN mempertimbangkan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di DUN Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia, dan Dengkil, yang majoriti kemenangan rendah.

Keputusan bagi empat kerusi berkenaan menyaksikan PH-BN kalah dengan 407 undi di Dengkil, Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58), dan Taman Medan (30).

Sementara itu, mengulas khabar angin beliau ditawarkan menjadi menteri di peringkat pusat, Amirudin berkata perkara tersebut sudah diperkatakan sejak tahun lepas.

“Itu cuma khabar angin… Biar perdana menteri fikir dan buat keputusan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.