`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 11, 2023

Dendam ditolak PH punca Muda keluar kerajaan, kata Pemuda Amanah

 

Hasbie Muda berkata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hanya mahu membalas dendam selepas Muda tidak diterima menyertai PH.

PETALING JAYA: Pemuda Amanah membidas tindakan Muda keluar blok kerajaan yang didakwa kerana presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu membalas dendam selepas parti itu tidak diterima menyertai Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya Hasbie Muda berkata Ahli Parlimen Muar itu diihat sengaja ‘membutakan diri’ kerana keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno Zahid Hamidi yang dijadikan alasannya bertindak sedemikian, bukan dipengaruhi Kabinet.

“Pihak pendakwaan juga telah menerangkan 11 sebab di sebalik DNAA itu, namun Syed Saddiq dan Muda sengaja membutakan diri.

“Jelas Syed Saddiq hanya membalas dendam selepas Muda tidak diterima sebagai PH,” katanya dalam kenyataan.

Hasbie turut mengajak ahli Muda yang masih yakin dengan kerajaan perpaduan untuk melaksanakan pembaharuan boleh menyertai Amanah.

Semalam Muda secara rasmi mengumumkan keluar blok kerajaan untuk menjadi pembangkang sebagai kuasa ketiga sebagai protes keputusan DNAA Zahid terhadap 47 tuduhan dalam kes Yayasan Akalbudi.

Dakwa Syed Saddiq, tindakan kerajaan dilihat permulaan menormalisasikan rasuah dan beliau enggan bertolak ansur dengan perbuatan tidak berprinsip seumpama itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.