`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 15, 2023

Berang ditegur cempedak goreng mahal, peniaga maut dipukul pelanggan

 

Polis berkata, pergaduhan antara peniaga itu dan pelanggannya menyebabkan mangsa maut dipukul di tempat kejadian. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang peniaga maut selepas bergaduh dengan pelanggan kerana menegur cempedak goreng dijualnya mahal.

Kejadian itu berlaku di gerai mangsa dekat kedai serbaneka di Assam Kumbang, Taiping pada Selasa lalu.

Ketua Polis Taiping, Razlam Ab Hamid berkata kejadian itu difahamkan berpunca daripada peniaga pisang goreng dan cempedak berusia 50-an menengking pelanggannya kerana menegurnya menjual terlalu mahal.

Ads by Kiosked

“Susulan itu, berlaku pergaduhan membabitkan mangsa dan pelanggannya sehingga menyebabkannya maut dipukul di lokasi kejadian.

“Turut dirampas adalah topi keledar dan tiga kayu patah,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh mengesahkan mangsa maut akibat sakit jantung dan kecederaan tisu lembut pada badan.

Katanya, seorang lelaki berusia 40-an ditahan di tempat kejadian selepas laporan berhubung pergaduhan itu diterima pada 4.15 petang.

Beliau berkata, penduduk setempat yang positif morfin itu direman tujuh hari sehingga 19 Sept ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.