`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 10, 2023

Budak 2 tahun maut tercekik anggur

 

Polis berkata terdahulu kanak-kanak itu menerima rawatan awal di sebuah hospital swasta akibat tercekik ketika memakan anggur di rumahnya di Taman Merbok, Melaka.

PETALING JAYA: Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dari Melaka meninggal dunia dipercayai akibat tercekik anggur.

Mangsa, Nur Aryanna Danisha Muhamad Shaizat, meninggal dunia selepas kira-kira 10 hari dirawat di hospital.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata Nur Aryanna disahkan meninggal dunia pada 9.23 pagi tadi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Melaka.

Ads by Kiosked

Katanya, terdahulu kanak-kanak itu menerima rawatan awal di sebuah hospital swasta di Ayer Hitam akibat tercekik ketika memakan anggur di rumahnya di Taman Merbok, Melaka, dan doktor di hospital berkenaan berjaya mengeluarkan buah itu.

Beliau berkata, bagaimanapun kanak-kanak itu didapati masih dalam keadaan tidak stabil dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Kanak-kanak itu (kemudian) dipindahkan ke Hospital Melaka pada 31 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan, menurut Bernama.

Christopher berkata, doktor memaklumkan punca kematian kanak-kanak itu akibat “Hyporxic Ischaemic Encephalopathy secondary to choking”. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.