`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 8, 2023

KP Umno setuju sesi Parlimen tergempar, bahas kes Guan Eng; Zahid

 

Dr Akmal Saleh mahu keputusan Tommy Thomas yang didakwa membantu membebaskan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah turut dibahaskan menerusi platform itu.

PETALING JAYA: Pemuda Umno setuju dengan gesaan sayap PKR supaya sesi Parlimen tergempar diadakan bagi membahas keputusan mahkamah melepaskan Zahid Hamidi tanpa membebaskan (DNAA).

Bagaimanapun, Ketuanya Dr Akmal Saleh mahu keputusan bekas peguam negara Tommy Thomas yang didakwa membantu membebaskan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah, lima tahun lalu turut dibahaskan menerusi platform itu.

Bercakap kepada FMT, Akmal mengulangi kenyataannya Selasa lalu bahawa untuk berlaku adil bukan sahaja Idris Harun perlu memberi penjelasan mengenai keputusan DNAA oleh Mahkamah Tinggi kepada Zahid tetapi juga Tommy berkaitan kes Lim.

“Ya (setuju gesaan sesi Parlimen tergempar).

“Gesa untuk bahaskan keputusan Tommy juga (dalam kes Lim),” katanya mengulas tuntutan Pemuda PKR supaya kerajaan mengadakan sesi Parlimen tergempar susulan keputusan DNAA membabitkan Zahid ekoran persoalan mengenai kredibiliti Jabatan Peguam Negara (AGC).

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Zahid daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang membabitkan dana Yayasan Akalbudi; selepas timbalan pendakwa raya memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya memaklumkan pihak pendakwaan memberikan beberapa alasan termasuk keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kandungan buku oleh Tommy.

Pada September 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Lim daripada tuduhan rasuah berkaitan pembelian sebuah lot tanah dan banglo susulan permohonan AGC menggugurkan kes itu.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah Zon Pertanian kepada Zon Perumahan dan pembelian Lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.