PETALING JAYA: Polis menahan seorang pengawal keselamatan kerana disyaki memecah masuk pejabat di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh dan mencuri sejumlah wang tunai.
Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan berhubung satu pejabat di kompleks mahkamah itu dipecah masuk pada Selasa lalu.
Katanya, seorang kerani memberitahu wang tunai RM835 yang disimpannya dalam satu peti di pejabat itu juga didapati hilang, lapor Harian Metro.
“Kerani itu juga mendapati ada kesan pecah masuk di bahagian tingkap sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Christopher berkata,susulan laporan itu pihaknya menjalankan siasatan sebelum menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di perkarangan kompleks mahkamah pada tengah hari semalam.
“Hasil siasatan, suspek berusia 25 tahun itu yang baru dua bulan bekerja itu mengaku terbabit kes itu dan satu lagi kes pecah masuk kafe mahkamah sama.
“Ujian saringan air kencing adalah negatif dan suspek juga tiada rekod jenayah,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.