`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, September 9, 2023

PENIPUAN HARGA BERAS PULA !! SIAPA YANG PENIPU SEBENARNYA?

 


IKUT BRADER DALAM VIDEO INI PENGGUNA KENA TIPU HARGA BERAS PULA. SAYA TIDAK NAFIKAN KENYATAAN BRADER INI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENDEDAHKAN MAKLUMAT INI. 

TETAPI SAYA ADA SEDIKIT PENDAPAT YANG BERLAINAN. SILA BACA DI BAWAH.


 

My Comments :

Tuan-tuan bukan saja kita kena faham bisnes tetapi kita juga kena faham consumer behaviour.  Yang beli beras, masak nasi dan hidang nasi di rumah adalah isteri, ibu atau anak perempuan kita. Kaum wanita. Semua bangsa - Melayu, Cina, India, Dayak, Dusun etc.

Begitu juga pengusaha restoran dan warong yang jual nasi. Mereka semua tahu dan faham kualiti barang makanan.

Katakanlah ikan tenggiri harganya RM38 sekilo. Ikan tongkol pula harga dia RM16 sekilo. Boleh ke penjual ikan letak harga RM38 sekilo bagi ikan tongkol sebelah-sebelah harga RM38 sekilo untuk ikan tenggiri?

Siapa sanggup bayar RM38 sekilo untuk beli ikan tongkol bila harga ikan tenggiri pun RM38 sekilo?  Tentu sekali semua pengguna akan beli ikan tenggiri dengan harga RM38 sekilo. Sebab ikan tenggiri memang lebih sedap dan oleh itu lebih mahal. 

Jadi apa kena mengena dengan harga beras local dijual mahal serupa harga beras impot?

Soalan pokoknya orang masih beli tak apabila beras local dijual dengan harga yang lebih mahal ia itu harga beras impot - yang dijelaskan oleh brader dalam video di atas?

The answer is yes. Kenapa pula the answer is yes? Kenapa pula si isteri dan ibu kita sanggup beli beras impot pada harga yang lebih mahal?

Isteri dan ibu kita tak tahu ke beza antara ikan tongkol dan ikan tenggiri? Are our isteri and ibu that stupid? Tak tahu beza antara ikan tongkol dan ikan tenggiri?

Begitu juga apakah isteri dan ibu kita tak tahu beza kualiti murah beras local (kononnya) dan kualiti tinggi (kononnya) beras impot?

Obviously jawapannya tidak ada beza kualitinya antara beras local dan beras impot. Dua-dua sama. Sebab itu isteri dan ibu kita tak nampak beza sangat rasa dan kualiti beras impot dan local.

Dan wholesaler beras pun faham bisnes dia. Mereka nampak pengimpot beras jadi kaya dengan jual beras impot yang "mahal" (kononnya) tetapi kualitinya sama dengan beras lokal.

Wholesaler nampak bahawa kualiti dan rasa sedap beras lokal adalah sama dengan kualiti dan rasa sedap beras impot. Maka CONSUMER atau PENGGUNA   sanggup beli juga beras local walaupun harganya sama mahal dengan beras impot (topik yang didedahkan oleh brader dalam video di atas).  Akhirul kalam as long as the PENGGUNA  is willing to pay the same price the wholesaler will sell the local beras at the same price as beras import. 

Maksud sebenarnya Tuan-Tuan, beras impot yang sedang dijual pada harga yang lebih mahal ia itu RM36 atau RM38 atau RM40+ adalah jauh lebih mahal daripada harga yang sepatutnya.

Maksudnya Tuan-Tuan, yang selalu kena tipu kiri dan kanan, harga beras impot itu patut dijual pada RM26 sahaja. 

Why? Because both the products are the same quality.  

Mereka bawa masuk beras yang kualiti serupa dengan beras lokal tetapi dijual dengan harga yang lebih mahal. 

Jika ikan tongkol boleh dijual pada harga yang sama dengan ikan tenggiri maksudnya there is something wrong with the ikan tenggiri.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.