`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, September 13, 2023

Silap saya sendiri, motosikal disita jadi pengajaran, kata ‘rider’

 

Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar mengucapkan terima kasih kepada pempengaruh, Aisar Khaledd yang membelikan motosikal baharu untuknya.

PETALING JAYA: Penghantar makanan, Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar mengakui kesilapan sendiri tidak memperbaharui cukai jalan dan insurans menyebabkan motosikalnya disita dalam sekatan jalan raya.

Pemuda berusia 26 tahun yang berasal dari Sungai Pelek, Sepang itu berkata motosikalnya ditahan dan disita dalam operasi di Jalan Persiaran Negeri di Nilai, Negeri Sembilan kira-kira 12 tengah hari semalam.

“Saya akui memang salah saya, jadi terima saja hukuman, malah anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran.

Ads by Kiosked

“Saya akur, tak melawan malah beri kerjasama dengan serahkan kunci serta motosikal kepada pihak berkuasa untuk disita,” katanya menurut Harian Metro.

Kisahnya mendapat perhatian selepas tular gambar dan video 17 saat berjalan sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya disita pihak berkuasa. Segelintir warganet turut mengkritik pihak berkuasa tidak bertimbang rasa.

Shahrul menafikan dakwaan beliau berjalan sejauh 4km tanpa arah selepas motosikalnya disita kerana sudah meminta bantuan rakan mengambilnya di satu lokasi.

“Itu semua tak benar kerana saya tak berjalan sejauh itu dan ketika kejadian, saya dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan. Tapi mungkin ada yang buat penilaian berdasarkan gambar dan video tular.”

Bapa dua anak itu terharu kerana pempengaruh, Aisar Khaledd sudi membelikan motosikal baharu baginya.

“Syukur Alhamdulillah, saya anggap pemberian itu sebagai rezeki dan terima seadanya walaupun ikutkan saya boleh pinjam kenderaan ahli keluarga buat sementara waktu.

Ads by Kiosked

“Tak sangka sampai jadi begini dan terima kasih kepada semua netizen serta rakyat Malaysia yang mendoakan,” katanya sambil menambah beliau mempunyai kerja hakiki dan menjadi penghantar makanan sejak lebih setahun lalu untuk menambah pendapatan.

Aisar pula berkata, beliau terpanggil membantu Shahrul bagi memudahkannya meneruskan pekerjaan sebagai penghantar makanan.

“Kita beri kejutan motosikal kepada abang penghantar makanan yang motosikalnya disita pihak berkuasa. Terima kasih semua yang mendoakan. Demi Malaysia,” tulisnya di Facebook.

Terdahulu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan memaklumkan motosikal itu disita bagi menjaga keselamatan penunggang p-panggilan dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.