`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 25, 2024

5,000 peluang kerja ditawar di Program Madani Rakyat Kuala Selangor

 

Program Madani Rakyat Kuala Selangor menyaksikan KSM giat menawarkan peluang pekerjaan kepada pengunjung sepanjang dua hari acara berlangsung. (Gambar Bernama)

KUALA SELANGOR: Kementerian Sumber Manusia (KSM), melalui program MYFuture Jobs di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), menawarkan 5,000 peluang pekerjaan di Program Madani Rakyat yang berlangsung di Kompleks Sukan Kuala Selangor, sejak dua hari lalu.

Menteri Steven Sim berkata sebanyak 20 syarikat menyertai program tersebut.

“MYFuture Job di bawah Perkeso ada bawa 20 syarikat majikan tawarkan peluang pekerjaan. Kita tawarkan 5,000 peluang pekerjaan kepada pengunjung.

“Tema kita ialah latihan dan TVET,” kata Sim, ketika ditemui di khemah KSM, selepas lawatan di reruai pempamer hari ini.

KSM juga menggerakkan semua lapan jabatan dan lima agensinya dalam usaha meningkatkan kualiti latihan pekerja.

Langkah itu katanya akan melahirkan golongan pekerja yang berpotensi memperolehi pendapatan lebih tinggi di samping peningkatan produktiviti.

“TVET akan jadi fokus utama untuk kita apabila memperkasa dan meningkatkan kemahiran anak muda dan para pekerja, maka produktiviti meningkat.

“Dengan itu mereka akan dapat pekerjaan dengan gaji lebih baik. TVET dan latihan kemahiran fokus utama kita,” kata Sim.

KSM turut menyediakan reruai untuk pengunjung mendaftar bagi mendapatkan pinjaman dalam program latihan kemahiran.

“Kita ada Jabatan Tenaga Kerja beri khidmat nasihat bukan sahaja pekerja tapi majikan berkaitan isu pekerjaan, Jabatan Perhubungan Perusahaan berkaitan keharmonian majikan dan pekerja… ada khidmat nasihat, hak pekerja majikan, keselamatan sosial dan banyak lagi,” kata Sim. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.