`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 25, 2024

Polis siasat kejadian rotan anjing

 

Seorang lelaki dirakam keterangan dalam siasatan kejadian penderaan seekor anjing peliharaan.

JOHOR BAHRU: Polis merekodkan keterangan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian penderaan seekor anjing peliharaan di sebuah taman perumahan di Johor Jaya baru-baru ini.

Ketua Polis Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya sedang menyiasat lanjut kes berkenaan susulan menerima laporan berkaitan kejadian yang berlaku pada 9.30 malam, Khamis lepas daripada seorang pengadu.

“Pengadu yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 49 tahun mendakwa melihat sendiri perbuatan lelaki berkenaan.

“Sehubungan itu, polis telah mengambil keterangan individu (lelaki) dalam video terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Sohaimi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak melakukan penganiayaan terhadap haiwan peliharaan dan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran tentang perlindungan terhadap haiwan.

Terdahulu, satu video berdurasi 29 saat tular menerusi laman Facebook akaun Malaysian Dogs Deserve Better menunjukkan seorang individu merotan anjing peliharaannya.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.