`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 4, 2024

Kuota PBT perkukuh usaha hadapi PRU16, kata pemimpin Umno Selangor

 

Umno Selangor kekal dengan keputusan mengembalikan semula kuota ahli majlis PBT BN kepada kerajaan negeri, kata Ketua Pemuda Imran Tamrin.

PETALING JAYA: Keputusan akhir berhubung pembahagian kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu dibuat atas dasar memperkukuh kerjasama dan gerak kerja kerajaan negeri berdepan PRU16, kata seorang pemimpin Umno Selangor.

Ketua Pemuda Umno Selangor Imran Tamrin, berkata perbincangan itu tidak boleh dilakukan semata-mata memenuhi keperluan atau permintaan jangka masa pendek.

“Apa juga perbincangan dan keputusan, matlamat paling penting adalah untuk terus mengukuhkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi berdepan PRU16,” katanya kepada FMT.

“Kita perlu garap kekuatan dan kelebihan yang ada pada dua-dua parti untuk memastikan segala panduan kerajaan perpaduan di Selangor boleh disampaikan kepada rakyat, sejurus memberi kelebihan dalam tadbir urus negeri mahupun hal ehwal rakyat.

Walaupun mengakui pembukaan kuota ahli PBT kepada BN pada masa ini ialah hak kerajaan negeri, Imran berkata, Umno Selangor tetap dengan pendiriannya sebagaimana diumumkan ketuanya, Megat Zulkarnain Omardin bulan lepas.

“Kami hormati keputusan itu tetapi dari segi politik dan kerjasama, keputusan pucuk pimpinan setakat hari ini masih kekal status quo,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, berkata persefahaman telah dicapai antara PH dan BN Selangor dalam isu kuota ahli majlis PBT, cuma perkara itu perlu “dibincangkan lebih lanjut” untuk memuktamadkan keputusan.

Katanya, perkara itu bukan isu besar kerana segala yang ditimbulkan BN sudah difahami secara menyeluruh dalam pertemuan sebelum ini dengan beberapa “cadangan” turut diutarakan.

Pada 20 Jan, Umno Selangor memutuskan untuk mengembalikan semula kuota kerusi majlis PBT kepada kerajaan negeri, namun pada masa sama menuntut 373 jawatan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Megat Zulkarnain pada masa itu berkata, langkah itu diambil bukan disebabkan pihaknya “merajuk”, sebaliknya hanya mahu berunding atas semangat persahabatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.