`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 12, 2024

Polis cekup 2 individu, rampas syabu 5kg

 

Ketua Polis Negeri Sembilan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata nilai keseluruhan dadah dan sitaan berjumlah RM172,625. (Gambar PDRM)

SEREMBAN: Polis menahan dua individu disyaki memiliki dadah seberat 5.2kg di tempat letak kereta di Bandar Baharu Nilai, awal pagi semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata lelaki dan wanita tempatan berusia awal 40an itu ditahan dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK negeri pada 1.50 pagi.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta tersebut menemukan lima bungkusan dadah disyaki jenis syabu seberat 5,225g. Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek lelaki mempunyai empat rekod kesalahan lampau narkotik dan dua rekod lampau berkaitan jenayah manakala suspek wanita tiada rekod kesalahan lampau,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dadah dirampas itu boleh dibekalkan kepada 10,450 penagih dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan syabu dan sitaan adalah RM172,625.

Ahmad Dzaffir berkata, dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran sekitar negeri ini, Selangor, dan Kuala Lumpur.

“Kedua-dua suspek kemudian direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.