`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, February 25, 2025

Keluar perakuan lahir palsu, doktor usia 83 tahun didenda RM2,000

 

mahkamah kuala lumpur
Arthur Varkey Samuel membayar denda berkenaan seperti diarahkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

PETALING JAYA
Doktor veteran bertugas di hospital swasta didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana mengeluarkan perakuan kelahiran palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Majistret S Mageswary menjatuhkan hukuman itu ke atas Arthur Varkey Samuel, 83, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan memerintakan lelaki itu menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh membayar denda itu, lapor Bernama.

Lelaki itu didakwa mengeluarkan perakuan kelahiran mengandungi butiran palsu bagi seorang wanita iaitu ibu bayi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada 10.53 malam hingga 11.53 malam, 11 Jan 2008.

Perakuan kelahiran tersebut telah digunakan bagi pendaftaran kelahiran seorang kanak-kanak lelaki di JPN Cawangan Seputeh Kuala Lumpur, pada 25 Jan 2008.

Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu bukan anak kandung kepada wanita terbabit dan suaminya melalui keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 36 (e) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, yang memperuntukkan hukuman denda RM2,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya.

Kes itu dikendalikan Pengawai Pendakwa JPN Wilayah Persekutuan Mohamad Faizal Rusli, manakala Arthur diwakili peguam Allan Chan Meng Wai. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.