`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, March 13, 2013

SADAN HUSSIN DISIASAT SPRM, HAJIJI BAGAIMANA?




Saudara Pengarang,
SEBELUM apa-apa, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Sabahkini.net kerana menyiarkan beberapa artikel mengenai penyalahgunaan kuasa Sadan Hussin, Pegawai Kerja Majlis Daerah Tuaran.

Atas pendedahan yang saya dan beberapa Hamba Allah yang telah dibuat melalui Sabahkini.net, akhirnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat siasatan terhadap Sadan minggu lalu.

Berita siasatan ini sekarang tengah heboh di Tuaran dan seluruh rakyat Tuaran menyambut baik perkara ini dan mengharapkan agar pihak SPRM membuat siasatan dengan telus dan teliti memandangkan Sadan ini sangat licik serta mendapat perlindungan dan immunuti daripada Datuk Hajiji Haji Noor.

Daripada perbualan dan kenyataan penduduk Tuaran, rata-rata melahirkan rasa kecewa dengan Datuk Hajiji dan pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan kerana tidak mengambil tindakan terhadap Sadan walaupun banyak pendedahan telah dibuat oleh orang ramai mengenai penyalahgunaan kuasa Sadan.

Mungkin atas sebab ini maka SPRM membuat serbuan ke pejabat MDT. Pihak Jabatan Audit Negara juga telah membuat serbuan ke pejabat MDT sebelum SPRM. Namun saya difahamkan, perkara ini telah sampai ke perhatian Sadan terlebih dahulu dan dia telah mengambil cuti semasa pihak SPRM membuat serbuan.
Namun saya agak terkilan kerana sehingga ke hari ini SPRM belum menjalankan siasatan terhadap Hajiji dan kroninya sekalipun laporan rasmi dibuat. Jangan pula Hajiji menjadikan Sadan sebagai Kambing Hitam untuk menutup kesalahannya selama ini. Semoga SPRM tidak terpukau dengan madah berhelah Hajiji.

Ini menunjukkan MDT merupakan agensi kerajaan yang bermasaalah dan berpunca dari sikap Ketua Jabatan yang mementingkan diri sendiri, biadab dan menyalahguna kuasa. Kalau sudah berpuluh tahun menjadi Pegawai Eksekutif di satu Daerah, amat pasti akan berlaku penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Datuk Hajiji, saya merayu agar Datuk mengambil tindakan dengan segera untuk mengekang Sadan daripada terus bermaharaja lela dan merosakkan nama Datuk sendiri. PRU 13 semakin hampir dan sudah pastinya Datuk akan kecundang jika keadaan ini berterusan.

Terima Kasih,

MOHAMAD ARRIFIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.