KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) meminta bahan-bahan publisiti yang dipasang oleh parti-parti semasa Pilihan Raya Umum ke13 baru-baru ini seperti poster, bendera, papan tanda, billboard dan sebagainya dibuka dengan segera.
Mayor bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata sekiranya bahan-bahan publisiti tidak dibuka dalam tempoh terdekat, pasukan khas yang terdiri daripada PDRM, DBKK, Jabatan Kerja Raya dan SESB akan melakukan operasi bersepadu.
"Operasi akan dijalankan untuk membuka bahan-bahan publisiti berkenaan di kawasan dalam bidang kuasa masing-masing. Jika bahan-bahan publisiti ini dibuka oleh pasukan berkenaan, deposit iklan parti-parti terbabit tidak akan dikembalikan," katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.
Bagi kerusi parlimen katanya, deposit iklan adalah RM2,000 dan untuk kerusi DUN, deposit iklan adalah RM1,000.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.