`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 16, 2013



Di bawah adalah surat dari salah seorang pembaca Malaysiawaves
KELEMAHAN PENTADBIRAN PUNCA KEKALAHAN KEDAH DALAM PRU 13

Pru ke13 telah lebih seminggu berlalu dengan keputusan yang dimaklumi semua orang.Pru 13 telah menyaksikan Tsunami rakyat menolak BN kecuali dibeberapa negeri.Tsunami ini juga menyaksikan kecuali didua ibunegeri iaitu Kangar dan Johor Bharu dikuasai Pakatan Rakyat.
Kecelaruan SPR masih tidak menghalang kemerlangan PR di Selangor,Pulau Pinang dan Kelantan dan hampir-hampir menguasai semula Perak dan Terengganu,sementara Berjaya menidakan majoriti 2/3 di Negeri Sembilan. 
Tetapi berlainan pula keputusanya di Kedah yang berjaya dimenangi semula oleh BN.Sebagai seorang ahli politik anak Kedah,saya kemukakan analisa dan sebab-sebab bencana kalahan yang sememangnya sudah dijangka di Kedah 
1.Pentadbiran Kerajaan Ustaz Azizan ala UMNO BN 

Kemenangan PR Kedah dalam PRU 12 adalah mesej dan manifestasi kehendak majority rakyat Kedah yang mahukan satu perubahan setelah ditadbir lebih 50 tahun oleh UMNO BN.
Harapan ini nyata dipersia-siakan oleh Kerajaan Azizan apabila sejak dari awal lagi beliau menjadikan Tun M,Tun Daim dan Syed Mokhtar sebagai mentor dan sumber rujukan dalam melaksanakan pentadbiran negeri. 
Jawatan-jawatan penting seperti SS,CEO SADA,CEO MBI,Rektor KUIN dll diberikan kepada mereka yang bukan sahaja tegar dengan UMNOnya tetapi berusaha sepanjang masa mensabotaj Kerajaan Negeri samaada secara langsung atau tak langsung. 
Maka lahirlah isu-isu seperti kes perlantikan YDP Majlis Daerah Kubang Pasu,isu alam sekitar di Carok Genting Bunga dan Gunung Inas,isu bercambahnya pusat hiburan dan karaokae berlesen dan tanpa lesen dibandar dan juga kampung,isu krisis kewangan, pentadbiran dan kebajikan pelajar serta staff di KUIN. 
Kesemua isu diatas tidak diatasi ataupun diselesaikan.Ustaz Azizan cukup bangga dengan jawapan-jawapan politik dimedia-media arus perdana tanpa melihat kesan yang dialami oleh orang bawahan.Saya mendapat maklum majority staff KUIN yang menyokong Pas tidak memberi undi kepada Pas dalam PRU yang lalu. 
Rakyat melihat pentadbiran Ustaz Azizan lemah,tidak effisyen,tiada perancangan dan bertindak mengikut kehendak sendiri walaupun dinasihati disebaliknya. 
Lalu harapan rakyat yang ingin melihat suatu perubahan dibawah pentadbiran Pas disia-siakan.Rakyat kecewa dan kekecewaan ini ditafsirkan di peti-peti undi.Hampir 20% undi diberi kepada BN hasil dari kekecewaan itu. 
2.Pergolakan dalaman yang dicetuskan oleh Ustaz azizan sendiri 
Pergolakan dalam cawan antara Exco Dato Phahrol/Dr Ismail dan Ustaz Azizan yang telah settle dan telah dilupakan dihidupkan semula oleh Azizan sendiri melalui pemilihan calon-calon PRU 13 yang diperbaharui semula oleh beliau dan Senator Yusof Hussin. 
Dendam kesumat Azizan telah mencantas Dato Phahrol dan Dr Ismail dan beberapa orang lagi yang bukan kroni beliau.Dato Phahrol dihantar ke Parlimen Jerlun untuk disembelih disana,sementara Dr Ismail dibuang terus. 
Bantahan demi bantahan dari orangramai yang akhirnya Dato Phahrol dibawa semula ke Pengkalan Kundor dan Dr Ismail dihantar ke Jerlun. 
Lebih malang lagi apabila senarai calon-calon ini tidak pernah dibincang dalam 3 mesyuarat tertinggi di peringkat negeri iaitu Mesyuarat Harian,Politik dan Pilihanraya dan Badan Perhubungan malah permintaan Ahli Perhubungan Negeri untuk supaya ianya dibincangkan tidak pernah diambil peduli. 
Dengan tidak bertanggungjawab beliau melepaskan beban pemilihan calon-calon kepada Pas Pusat dengan beliau bersama Yusof Husin menjadi master mind membuat ugutan demi ugutan kepada Pas Pusat agar memilih senarai yang beliau restui sahaja. 
Pemilihan calon-calon yang tidak mengikut procedure ini telah mendapat tentangan dan menimbulkan kemarahan yang amat sangat di peringkat jentera parti disegenap peringkat yang membawa kepada sabotaj dan kelesuan jentera pilihanraya. 
Sekali lagi peti undi telah menyaksikan perbuatan Azizan dan Pak Cop telah membawa padah dan mereka berdua patut dipersalahkan 100% dalam hal ini. 
3.Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) gagal 
Pengarahnya Senator Yusof Husin telah gagal.
JPN sejak dari awal lagi telah menyimpang dari landasanya apabila bertindak mencampuri urusan pemilihan calon-calon yang telah diketahui umum bahawa itu bukan bidang tugas JPN.
Hampir kesemua AJK JPN terlalu berpolitiking untuk memastikan hanya Ustaz Azizan dan kronimya sahaja menang.Lagak dan pembawaan mereka amat memualkan. 
Tiada strategi dan perancangan yang dibuat JPN untuk memenangkan Kedah selain dari daftar pemilih dan pengundi luar kawasan.Lebih malang apabila apabila bilik gerakan membuat lapuran membodek menyatakan factor Azizan akan menyumbang 70% kepada kemenangan Kedah walaupun fakta sebenar disebaliknya. 

JPN gagal membaca kehendak semasa pengundi. 
Calon-calon masuk bertanding tanpa stategi khusus untuk menang.Strategi yang sudah tentu berbeza mengikut DUN dan Parlimen,berbeza mengikut ras,jantina, umur dan tidak kurang penting juga strategi akan berubah mengikut ketokohan dan kewibawaan calon lawan.

Ketiga-tiga faktor diatas menjadi faktor utama,disamping faktor-faktor lain mengapa Allah memberi kekalahan kepada Pas Kedah,semoga `teguran Allah` ini bisa memberi bekas kepada kepimpinan yang tidak lagi boleh berbincang atau ditegur.Mereka memilih jalan susah dan jalan yang lebih panjang untuk belajar. 
Sesungguhnya kemenangan itu hak Allah dan kita sebagai hambaNya hanya perlu melengkapkan ciri-ciri yang akan membawa kepada kemenangan.Dan Allah akan menarik kemengan itu jika kita melampau dan tidak memenuhi cirri-ciri itu dan itu lah yang berlaku di Kedah. 
Semoga kita sama-sama bermuhasabah.

Jiwa Islam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.