`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 21, 2013

Video & Gambar : Terengganu Runtuh Lagi !!!







HULU TERENGGANU - Tiada hujan dan tiada ribut yang melanda, tiba-tiba Masjid Kampung Binjai Kertas yang terletak di Jalan Manir ke Kuala Berang yang siap dibina pada tahun 2007 telah runtuh sebahagian bumbungnya, seusai jamaah menunaikan solat Isya' pada Isnin malam 20 Mei.

Menurut saksi kejadian, dua keping atap masjid tersebut telah luruh, sekali sejurus selesai para jamaah menunaikan solat maghrib dan sekali lagi ketika waktu hampir solat Isya', sebelum ia runtuh sepenuhnya.

"selepas solat sunat Isya' tu, ada jatuh seali (lagi) gummm.....jatuh, selepas (kira-kira) dalam masa empat saat atau lima saat saat, brummmmm.......selalu, sekejap saja dalam masa (lebih kurang) dua.....tiga minit habis (runtuh semuanya),
"bahagian beranda.......kira-kira bukan ruang solat......bahagian luar yang tak ada 'carpet' (permaidani),"jelasnya yang tidak mahu dikenali.

Katanya, nasib baik kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian runtuh tersebut kerana katanya, ada dua orang ahli jamaah masjid yang keluar dari masjid beberapa ketika sebelum ia runtuh.

Manakala, kata beliau, ada seorang tua yang hampir-hampir ditimpa runtuhan itu apabila kejadian runtuh itu berlaku ketika beliau sampai di pintu masjid dan berundur semula semula apabila bumbung tersebut runtuh keseluruhannya.
Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid ketika ditemui berkata, beliau sangat terkejut apabila mendengar kejadian runtuh itu.

Beliau yang bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat khabar melahirkan rasa sangat dukacitanya kerana kejadian itu berlaku di tempat awam, lebih-lebih lagi melibat masjid yang menjadi tempat ibadat kepada orang Islam.

"saya rasa sangat terkejut dan sangat dukacita.......... atas apa yang berlaku ini kerana ia melibatkan tempat kepetingan awam, lebih-lebih lagi (ia) melibatkan tempat ibadat orang Islam,"sepatutnya tepat ini diberi keutamaan supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku,"ujarnya.

Beliau yang juga calon PAS bagi kawasan tersebut dalam pilihanraya umum kali ke-13 baru-baru ini berkata, kejadian seperti itu boleh mengakibat kehilangan nyawa orang ramai.

Walau bagaimana pun, beliau mengucapkan syukur kepada Allah kerana tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan yang berlaku pada kejadian tersebut.
Oleh itu, beliau menggesa supaya kejadian tersebut disiasat secara telus dan pihak yang bertanggungjawab mestilah dibawa ke muka pengadilan kerana katanya, tidak ada sesiapa yang didakwa dalam banyak kejadian seumpama itu, yang telah berlaku sebelum ini.

"saya berharap supaya kejadian ini disiasat dengan telus dan pihak yang bertanggungjawab samada (terlibat dengan) kecuaian, rasuah atau penyelewengan perlu dibawa ke muka pengadilan,
"kerana (sehingga) hari ini sudah banyak kejadian runtuh di negeri Terengganu tetapi tidak ada tindakan tegas diambil,"katanya.

Justeru, beliau berharap kejadian runtuh yang berlaku di Masjid Kampung Binjai Kertas itu adalah kejadian runtuh yang terakhir dan satu pengajaran mestilah diberi kepada mereka yang terlibat dengan kejadian itu.

Menurut satu kertas laporan senarai projek dalam pembinaan dalam daerah hulu Terengganu pada 17 Februari, 2008 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu, pembinaan Masjid Kampung Binjai Kertas itu dijangka siap pada Mac 2008 dengan menelan belanja sebanyak RM1.4 juta.BO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.