`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 30, 2013

Petani Sg Limau mahu harga jualan padi kepada BERNAS dinaikkan kepada RM147 dari harga sekarang RM102..!!

Kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini yang dilihat tidak mengutamakan penduduk Cina kerana sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu, mungkin menjadi bahan bualan di kalangan pengamal media.

Namun, di peringkat akar umbi, penduduk Cina Sungai Limau nampaknya lebih fokus kepada sejauh mana kerajaan negeri boleh membantu mereka menjalankan perniagaan padi dengan lebih baik.

NONEPedagang padi, Ho Siang Huat (kanan), 53, misalnya mahu harga jualan padi kepada Beras Nasional (BERNAS) dinaikkan kepada RM147 per 100 kilogram seperti di Thailand, berbanding harga sekarang RM102 sahaja untuk jumlah sama.

"Kami akan undi sesiapa sahaja yang boleh bantu naikkan harga padi seperti di Thailand," katanya sewaktu ditemui di Dulang Besar semalam.

"Kami sekarang menunggu jika Mukhriz ada sebarang pengumuman besar buat kami."

Ditanya siapa yang akan diundi penduduk Cina Sungai Limau, Ho berkata mereka akan mengikut arahan penghulu komuniti mereka yang dijangka akan mengadakan mesyuarat 'rahsia' untuk menentukan pilihan mereka.
"Cina di Sungai Limau ini bersatu. Apabila diarah untuk undi parti tertentu, kami undi. Itu caranya di sini," katanya sambil menambah arahan tersebut paling awal akan diketahui pada 2 November ini.

Tan: 3 anak saya tak laku 

NONENaib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung (kiri) sebelum ini berkata terdapat 1,827 pengundi Cina di kawasan majoriti Melayu di Sungai Limau.

Namun katanya, hanya 10 peratus atau kira-kira 180 orang mengundi BN dalam pilihan raya umum lalu walaupun jumlah anggota MCA di Sungai Limau adalah 965 orang.

Dengan anggapan tidak ramai pengundi Melayu menukar sokongan mereka selepas pilihan raya yang lalu, pengundi Cina kini mempunyai peranan penting untuk menentukan siapa yang bakal menang di Sungai Limau.

PAS sebelum ini mempertahankan kerusi Sungai Limau dengan majoriti sebanyak kira-kira 2,774 undi sahaja.

NONEBuat pesawah padi, Tan Siew Boon (kanan), 90, hidup beliau tidak banyak berubah sama ada bawah pentadbiran BN atau PAS.

Menurut ibu kepada 8 orang anak itu, beliau pernah memohon bantuan kerajaan negeri kira-kira setahun lalu untuk memperbaiki rumahnya.

Namun, menurutnya, bantuan yang dipohon daripada kerajaan negeri PAS itu tidak kunjung tiba.

"Hidup kami sudah begini sejak beberapa generasi dan rasanya tak ada apa-apa akan berubah," katanya yang telah mendiami rumahnya di tengah-tengah sawah sejauh kira-kira dua kilometer dari jalan utama, selama tiga generasi.

Beliau bersama anaknya mengusahakan 7 ekar tanah yang disewa pada harga RM600 untuk satu musim.

Menurut Tan, kehidupan mereka hanya ala kadar namun tidaklah begitu selesa sehinggakan tiga anak lelakinya "tidak laku" kerana gadis-gadis sekarang mahukan lelaki yang ada rumah dengan tanah di pekan.

Menurut Tan lagi, beliau juga akan menunggu arahan penghulu untuk mengundi parti yang mana satu dalam pilihan raya umum pada 4 November ini.

'Azizan di atas nampak'

Berbeza dengan Tan, seorang peniaga perabot dan barangan elektrik yang hanya mahu dikenali sebagai Mr Ang tanpa berselindung memberitahu beliau akan mengundi PAS.

Menurutnya, bekas wakil rakyat sebelum ini, Tan Sri Azizan Abdul Razak seorang personaliti luar biasa yang ringkas dan mudah didekati.

NONEDitanya lebih lanjut sebab beliau akan terus mengundi PAS, Ang (kanan) berkata: 

"Azizan di atas sana akan nampak kalau kita tak mengundi dia."

Ia mengundang ketawa besar daripada tujuh rakan-rakannya yang turut sama hadir sewaktu temubual dijalankan.

Hari membuang undi bagi jatuh pada 4 November dan pilihan raya kecil ini yang diadakan selepas Azizan meninggal dunia pada 26 September lalu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS dan BN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.