`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 14, 2013

Agenda Politik Pas, Tahaluf Siasi dan Golongan Mat Sabu (3/3)


Tuan HJ Mohamad bin Sabu atau lebih dinekali sebagai abang Mat Sabu seorang tokoh PAS yang tidak asing. Sebelum mengenali beliau secara peribadi, saya kenal dada nya. Ketika itu, kepada saya, abang mat Sabu tidak berhenti menyeronokkan atau amuse saya. Mat Sabu mempunyai gaya yang tersendiri dan unik mencuit hati para pendengar ceramah yang dia sampaikan. Dan isi yang dia sampaikan boleh difahami oleh rakyat jelata. Tidak spectacular- tapi masuk dalam kepala, tersemat dalam hati.

Episode Mat Indera.

Secara serius saya mendekati abang Mat Sabu ialah ketika saya menulis dalam blog saya mempertahankan pandangan nya mengenai Mat Indera. Ketika itu saya belum bertemu dengan nya. Mat Sabu dibantai dengan teruk kerana mencadangkan Mat Indera sebetulnya adalah seorang pejuang. Ketika itu, pandangan umum yang dibentuk oleh media UMNO menggambarkan Mat Indera sebagai seorang penjenayah dan bandit yang membunuh beberapa orang Polis  Melayu.

Episode tersebut menunjukkan kesediaan Mat Sabu mengambil pendirian yang kontroversial tapi yang dikiranya sebagai menegakkan kebenaran. Mungki ini kualiti kepimpinan yang kita mahu.

Izinkan saya mengulangi isiu pokok dalam episode tersebut. Mat Indera diangap seoarang pengganas Melayu kerana menyerang dan membunuh polis Melayu. Polis Melayu berkhidmat untuk kerajaan British yang dianggap penjajah. Yang kita hendak hairan mengenai Melayu membunuh Melayu ini mengapa? Sejak zaman dahulu bila berlaku pertentangan antara dua faham politik, dan perebutan kuasa, Melayu membunuh Melayu. HangTuah Melayu membunuh Jebat juga Melayu. Tok Gajah pahlawan Melayu Pahang pun ada membunuh orang Melayu lain yang menyokong pihak lain.  Pembunuhan Melayu oleh Melayu yang lain, bukan senseless killing, tapi lebih merupakan pembunuhan collateral damage.

Dilihat dari sudut lain: mengapa pembunuhan Mat Indera, seorang Melayu boleh dikira sebagai tidak mengapa manakala pembunuhan polis Melayu penyokong penjajahan, dikira suatu yang mendosakan? Benarlah, versi sejarah adalah versi yang ditulis oleh pihak yang menang.

Demikian juga, penilaian Mat Indera tidaklah semudah menyifatkan dia sebagai senseless killer. Mat Indera bukan pembunuh yang membunuh semata mata kerana suka membunuh orang. Dia berjuang menegakkan faham politik nya- bukan kominisme pun tapi lebih penentangan terhadap rejim penjajah. Apa yang Mat Indera kena lakukan bila bertempur dengan pendukung2 rejim penjajah? Dia lakukan apa yang mesti dilakukan. Membunuh atau dibunuh. Dalam perperangan, semua nya adil all is fair in love and war.

Pertama Mat Indera mempunyai latar belakang pendidikan ugama. sebagai orang Melayu, agama Islam tidak mudah dibuang walaupun dia menganut fahaman poliktik yang berbeza. Pada masa yang sama, orang melayu yang beragama Islam tidak melihat salah apa2 jika menyebelahi pihak imperialis dan menjadi ejen memanjangkan cengkaman penjajahan.

Itu angle pembelaan Mat Sabu kepada Mat Indera. Mat Indera seorang pejuang dalam erti kata dia mengangkat senjata menentang penjajahan. Secara kebetulan, pembela penjajahan ketika itu adalah orang Melayu juga dan pemangsaan pendukong penjajahan menjadi collateral damage.

Saya ingat pertama kali saya berceramah dengan Abang Mat ialah di suatu markas pas di Bukit Katil Melaka pada suatu bulan puasa. Walaupun ceramah diadakan pada bulan puasa, para hadirin yang datang begitu ramai. Orang datang mahu mendengar Mat Sabu.

Saya berceramah lebih awal dari Mat Sabu. Mat Sabu adalah star penceramah maka sayugialah dia diletakkan sebagai penceramah terakhir. Seperti biasa dalam ceramah saya akan membaca beberapa ayat Al Quran yang saya tahu untuk mengukuhkan pengungkapan saya. Saya masih ingat, Mat Sabu bertanya pada saya- enta sekolah agama kah dahulu?

Selepas majlis tersebut , saya berceramah banyak kali dengan abang Mat termasuklah dikampung halaman saya sendiri iaitu di Pekan Pahang. UMNO Pekan menghimpunkan ramai kaki sorak dan mengadakan ceramah mereka betul2 bersebelahan dengan tempat kami berceramah. Sasaran mereka tentulah Mat Sabu.

Itu dia Mat Sabu. Suka atau tidak, benci atau kasihkan Mat Sabu, Mat Sabu adalah legenda hidup. Dia memukau pendengar dengan pidato yang mudah dan bahasa yang senang. Dan trademark Mat Sabu ialah mencipta isitilah yang menjenakakan.

Saya mengucapkan kepada Dato Mohamad bin Sabu dan Dato Nik Amar selamat bersaing.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.