`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Saturday, November 30, 2013

Kertas soalan SPM bocor: Speaker digesa segera terima usul

stephen wong


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt menggesa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Panglima Pandikar Amin Mulia segera menerima usul mengenai kebocoran soalan matematik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini dan membahaskannya secepat mungkin.

Beliau berkata, usul itu harus dibincangkan secepat mungkin kerana ia merupakan masalah serius dan boleh menjejaskan pengiktirafan seluruh dunia terhadap kewibawaan SPM.

Menurutnya, kelewatan membuat keputusan muktamad dan adil akan menjejaskan rancangan pelajar sama ada melanjutkan pelajaran atau memulakan kerjaya.

“Kelewatan ini akan menjejaskan pembahagian biasiswa kerana ia dinilai berdasarkan pencapaian mereka dalam SPM. Saya mohon Speaker menerima usul dan membahaskannya dalam sidang, Isnin ini.

“Usul ini membabitkan kepentingan orang ramai, ia membabitkan 470,000 calon SPM. Kegagalan membuat satu keputusan yang adil boleh menjejaskan keyakinan awam terhadap sistem pendidikan dan peperiksaan awam Malaysia.

“Saya tidak berniat mengambil peluang berucap tapi kerana ia adalah isu serius dan langsung tidak melanggar sebarang syarat dalam peraturan mesyuarat,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.

Tambahnya, walaupun Pengarah Kementerian Pelajaran mendakwa akan menubuhkan pasukan tugas (task force) untuk menyiasat kebocoran itu, namun kementerian masih belum membuat keputusan terhadap status dan pengiktirafan SPM 2013.

“Saya ingin mengingatkan kementerian, sebarang keputusan tidak boleh dibuat secara bersendirian tanpa mendengar pandangan Ahli Dewan.

“Malahan, isu ini tidak pernah dibincangkan dan kerajaan tidak pernah memberi penerangan mengenainya,”tegasnya.

Stephen Wong semalam telah menyerahkan surat rasmi kepada Pandikar Amin untuk memohon penangguhan mesyuarat mengikut Peraturan Mesyuarat 18.

Usul dicadangkan Stephen berkenaan permohonan penangguhan itu adalah agar Dewan merundingkan status keputusan peperiksaan SPM 2013 akibat kebocoran kertas matematik yang mana merupakan mata pelajaran wajib untuk semua calon. -Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.