`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 30, 2013

Kerajaan jamin utamakan kontraktor kecil Bumiputera

Kementerian Kerja Raya bersetuju untuk memberi projek kecil yang dipecahkan daripada projek besar kepada kontraktor Kelas F.
Bahagian 3
PETALING JAYA: Kerajaan memberikan jaminan mengutamakan 25,000 kontraktor kecil bumiputera dalam melaksanakan projek kerajaan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Mereka mempunyai peluang dan ruang sama rata dengan para kontraktor lain, sekali gus mampu meningkatkan prestasi lebih baik.
“Kementerian bersetuju untuk memberi projek kecil yang dipecahkan daripada projek besar kepada kontraktor Kelas F supaya mereka turut mendapat peluang.
“Langkah itu sebagai bukti bahawa kerajaan sentiasa mendengar suara kontraktor bumiputera dan tidak akan berhenti membawa suara mereka di peringkat atasan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) peringkat Wilayah Persekutuan Ke-31, baru-baru ini.
Kontraktor Melayu juga mendapat projek Transit Pantas Massa (MRT)bernilai kira-kira RM20 juta dan ia telah diagihkan pada 29 Januari lepas.
Cabutan undi akan dibuat kepada 500 kontraktor kelas D,E dan F. Projek yang telah diagihkan itu melibatkan kerja-kerja landskap, pagar, parit, membaik pulih bangunan MRT sedia ada dan sebagainya.
Badan utama kontraktor Melayu ialah Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) yang ditubuhkan bagi memperjuangkan nasib para kontraktor Melayu / Bumiputera secara kolektif di Malaysia.
Persatuan menjadi orang tengah bagi menyuarakan permasalahan kontraktor kepada kerajaan. Presidennya ialah Datuk Mokhtar Samad. Ahlinya seramai 15,000 orang di seluruh Malaysia.
Kontraktor yang gagal menyiapkan projek kerajaan akan disenarai hitam. Kontraktor seharusnya meletakkan harga tidak terlalu rendah .Kenaikan kos simen , batu bata dan bahan asas lain merupakan punca utama pembinaan lewat. Kontraktor akan dikenakan denda harian sehingga berjaya menyiapkan projek tersebut. Jika tidak nama mereka akan disenarai hitamkan.
Antaranya , gagal menyiapkan bangunan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran. Pada 9 April 2010, Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi ketika itu menyatakan enam kontraktor utama telah disenarai hitam setelah tempoh tertentu diberikan.
Nilainya RM180 juta dan memberi imej buruk kepada kerajaan dan rakyat. Terdapat 45 projek ‘sakit’ dan 35 projek ‘lewat’ pada 1 Januari 2010.
Projek sakit membabitkan 70 % siap, sementara 49 % bagi projek lewat, menurut laporan wikipedia.org.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.