`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 7, 2013

DI SAAT RAKYAT GEMPAR KERANA RAMAINYA PATI MEMILIKI MYKAD PALSU, CIA PULAK BEKERJA DI PEJABAT PEGUAM NEGARA, PELIK TAK?

Ini cerita paling pelik selain cerita Liwat 1 dan Liwat 2. Cerita ini tak payah Yong hurai. Baca di The Malaysian Insider sudah cukup.

AGEN CIA DI PEJABAT PEGUAM NEGARA PULAK DAH

Alahai...yang lantik Gani Patail jadi Peguam Negara tu siapa? Bukanke Chedet. Lantik mamat ni umpana hadiah sebab berjaya memenjarakan Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia bukan macam Chedet. Rakyat Malaysia masih ingat lagi.

Tapi bukan itu yang menjadi pelik sebenarnya. Yang lebih pelik ialah kenapa tuduhan ini muncul di saat-saat ramai pengawal keselamatan kena tangkap kerana memiliki Mykad palsu. 

Ini yang pelik.

Mengapa sekarang?

PAGAR YANG RUNTUH

Secara selamba, macam perkara ini tak serius, Ketua Pengarah JPN masih dalam delusi dilanda sindrom penafian. Ini katanya:

JAWAPAN YANG ORANG BODOH SAJA PERCAYA

Kalau tukar gambar muka, tetapi maklumat lain kekal macam mana Ardi Hamza itu boleh buka akaun bank? Jawab Jariah Mohd Said!

Jika kita hilang MyKad pun, kita akan dapat balik MyKad itu dengan nombor yang sama. Bagi kes Ardi Hamza, nombornya: 770818-12-6721!!!

Kalau ikut cakap Ketua Pengarah JPN ini, maknanya ada dua orang bernama Ardi Hamza di Malaysia, memiliki MyKad yang sama tapi wajah berbeza.

Ini pula kenyataan syarikat keselamatan yang dah jadi kambing hitam:
SALAH SIAPA SEBENARNYA?

Kenapa selepas kes pengawal keselamatan haram ini ramai ditemui, tiba-tiba ada 2 orang agen CIA di Pejabat Peguam Negara?

Red herring? 

Berikutan dengan penemuan banyak pengguna MyKad palsu ini, Ketua Pengarah JPN patut letak jawatan saja, atau dipecat kerana incompetent.

Jika terlepas N3 terdahulu yang berkaitan dengan MyKad palsu, baca di sinidi sini dan di sini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.